ziarah-menziarahi amalan kita...

Aku mulakan dengan mengingatkan diri supaya sentiasa bersangka baik.sentiasa memenuhi pintu hati dengan zikir dan tasbih kepada Allah.sentiasa basah bibir ini dengan berisighfar kepada Allah.semoga jiwa dan hati ini tidak jemu2 berusaha mendapatkan kasihNYa.aku baru duduk tenang2 di rumah setelah seminggu lebih bercuti dari ilmu dunia.terasa ingin duduk senyap2 di rumah,bangun lambat dan berlindung di bawah duvet yg tebal.atau berbaring2 sambil membaca buku cerita di atas padang rumput yg hijau dan segar disinari matahari yg terang.namun,aku tahu aku bukanlah org yg ditakdirkan utk bersenang2 sebegitu.aku baru sahaja melawat teman2 dan kenalan2 di seluruh UK.aku teringat ketika di malaysia, emak selalu mengajak utk menziarahi jiran2 sebelah.aku malas malah beralasan setiap kalinya.kadang2 emak mengheret saja aku...sepatutnya aku bersyukur kerana walaupun lawatan itu sekejap cuma, kesannya lebih besar.pertalian yg dibina kerana Allah mmg sgt indah.sgt bermakna.ini bukan lawatan utk membuat bisnes atau mencari populariti.tetapi semata-mata kerana Allah.aku kagum dgn emak.kerana aku terasa bila aku sibuk menziarahi teman2 disini, mereka selalu berkata, "buat apa dtg sini?nak shopping ke?or nak melawat tempat2 menarik..." aku senyum shj mendengar pertanyaan sebegitu.salahkan jika aku ingin berjumpa dan berpisah kerana Allah?aku ingin juga membina hubungan baik sesama manusia,apatah lagi sesama teman2 yg kukira sudah bersefahaman.aku sebenarnya mmg lebih senang hidup sendiri.namun, ada pesanan yg mendorongku supaya hidup berkawana.biarpun manusia ini byk feelnya, itulah letaknya nilai kesabaran kita.sekalipun tanpa skill,tanpa personaliti menarik,tanpa wajah cantik dan simetri,tanpa senyuman yg bisa mencairkan persaan, aku teruskan juga amalan ini semata-mata utk Allah.Islam perlukan manusia2 yg saling bersatu-padu utk mendukung agamanya. biarpun kita berlainan status, kerja dan padang permainan, namun kita tetap satu dalam aqidah iaitu ISLAM.

Comments

Popular Posts