menghirup udara london...

alhamdulillah.masih aku bernafas di sini.meniti hari2 yg mendatang.sebetulnya,udara london itu x bisa dihirup lagi lantaran kebersihannya diragui.namun, di mana pun bumi Allah ini aku berada udara masih lagi percuma.aku membayangkan masa2 yg pada satu hari nanti terpaksa kita lalui dengan membayar harga udara yg dihirup percuma setiap hari.jari jemariku makin lambat menaip dan mataku semakin kuyu menanti akan tutup,tetapi aku menulis juga kerana ingin melakarkan perasaanku di kala ini.aku baru sahaja membaca emel2 yg memenuhi mailbox.aku tertancap pada satu emel dr seorg teman.emel yg sememangnya aku tunggu2 saban hari.bagaikan menunggu surat cinta rasanya.tapi,kali ini emel ini berlainan sedikit.entah perasaanku sahaja berdasarkan tajuknya,ataupun sememangnya perasaan yg dibawa emel itu sebegitu.aku membaca penuh khusyuk.memang benar telahanku.emel ini bukan lagi mengandung kata2 semangat atau pujuk rayu buat hati yg gundah gulana.kata2 yg terkandung di dlmnya berisi amaran dan kata2 yg menyedarkan aku supaya berhenti bermimpi.berhenti merengek dan terus berusaha.dia mmg terus terang menegur dan memberi peringatan.berisi perasaan marah didalamnya.perasaan kurang berpuas hati dan perasaan geram didalamnya.aku kaget.timbul bibit2 kebencian namun kutolak habis-habisan.ada benarnya kata2 itu.kita bukan lagi org manja.kita ini akan bisa ditentang dan diuji dari segenap segi.aku sendiri harus berhenti merengek dan merungut.berhenti mengharapkan org lain memahami.berhenti dari mengharap belas kasihan org lain.berhenti menganggap diri kalah sebelum berjuang.aku ini harus berubah.menjadi lebih keras tapi fleksible.tidak melayan hati dan perasaan.memikirkan tujuan dtg ke sini daripada kesusahan hidup di sini.
tiba2 terasa ingin pulang ke rumah.memeluk mak dan abah.tidakkah maka dan abah rasa begitu juga???

Comments

Popular Posts