menelaah isi hati setelah....

salam kutujukan buat semua.pada pokok,pada awan,pada langit yg membiru.pada angin yg menderu.ingin kuluahkan rasa isi hati yg terbuku.seolah-olah mahu kuhamburkan semahu-mahunya.kubukan lagi pemuda yg manja.kutahu semuanya berlaku atas ketentuan-Nya.setelah penat kufikir dan kuamati,tiada berkesudahan mimpiku ini.aku sudah bebas dari cengkaman perhambaan selagi aku masih kuat dan teguh di disini. sepeninggalanku dari bumi southampton mindaku ligat berfikir.maka, terhasillah sajak ini...


kataku pada laut yang menderu
pulangkan ia kepadaku
pulangkan langit biru padaku

laut senyap
jeti itu kaget
burung-burung tidak lagi bersahut

akukah yang bersalah?
akukah punca masalah?

apabila langit mulai merah
dihujung pantai yg merekah
apabila diri tidak lagi marah
aku sujud tanda diri masih lemah
mengharapkan keampunan Ilah

hati masih basah.semoga basah dengan cahaya Ilahi.kita meniti satu perjalanan yg sukar.barangkali terlalu singkat utk duduk berehat sebentar.semoga kita mampu utk bangkit dan kembali segar.meneruskan sisa perjalanan seorang pengembara tegar.

Comments

Anonymous said…
siti..
siti ingat ena lagi tak? :(
rindu nk ckp2 ngn siti...
salam ena,
siti x pernah lupakan ena,cumajarak dan masa membatasi kita utk berjumpa.insyaAllah ada masa kita boleh berjumpa di alam maya.
aisya humaira said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts