langit soton yg merah

org kata biru itu bisa menenangkan.merah itu bisa membuatkan kita marah.aku terusik tatkala menjejakkan kaki ke bumi soton.pelbagai hal yg bercampur baur terjadi pada minggu lepas menyebabkan aku cuba bersabar dan memujuk diri sendiri.menelan kepahitan kesilapan diri sendiri.di kala aku hampir2 jatuh tersungkur dan di saat aku paling lemah,Allah kurniakan kawan2 utk bersama-sama menempuh kesukaran ini.tika itu aku merasa malu dgn kebodohan diri sendiri.terasa segan pada tuhan kerana merungut dgn ujiannya.sepatutnya aku katakan "inilah yg Allah telah janjikan" itulah tanda sayang Allah padaku.Aku seharusnya takut jika tidak langsung diuji.malah,terasa tidak dipedulikan.tapi,peristiwa2 hebat yg berlaku,kata2 hebat yg bisa mngguris hati menyebabkan hati ini masih berdarah.air mata masih tidak kering bila minda ini memainkan kembali pita peristiwa tersebut.aku masih lemah.dan aku hanya mampu cari kekuatan darpada-Nya.aku sedar kepada-Nya aku meletakkan harapan utk memulihkan hati yg sakit.memulihkan iman yg sudah jatuh ini.aku tidak mahu nikmat islam dan iman ini dicabut kembali.aku mahu terus tetap di jalan ini.aku sedar langit merah itu yg terbaik buatku.sudah aku memaafkan diri sendiri yg taksub kepada langit biru yg dtg sekali sekala.aku yakin biarpun selepas ini mendung berkandung sedih bukan kepalang dtg kepadaku, aku tahu kepada siapa aku harus panjatkan doa dan mencari kekuatan.aku bukan mencari bahagia dunia tapi mencari bahagia akhirat.aku tidak mahu lagi terus diburu dgn kelemahan diri sendiri yg manja dan selalu mengaku kalah.aku harus bangkit utk memulakan hari2 yg mungkin hanyalah sisa-sisa hidupku.siapa tahu esok adalah akhir hidupku?sudah cukupkah amalku?sudah bersihkah segala dosaku?sudahkah keampunan dan kemaafan dipinta?sudah cukupkah segala apa yg kulakukan utk mencari keredhaan-Nya?aku bimbang aku menghambakan diri pada manusia,sedangkan kepada Allahlah tempat aku letakkan segala pengharapan.semoga Allah menerima munajat hambu-Nya ini...

Comments

Popular Posts