Kejayaan blog-blog terkenal

Blog.

Post.

Novel.

Kejayaan mereka pada mulanya, dengan satu minat  yang menjadi obsesi. Mereka yang membaca mahukan sesuatu yang mereka rasa kena dengan diri sendiri atau kena dengan apa yang mereka ingin jadi.

Mereka termasuk dalam cerita, merasa terpanggil untuk mengatakan, "Eh, ini macam cerita aku."

Obsesi itu mendahagakan sesuatu yang selalu, cepat dan ada. Maksudnya, bila di'click' ada sesuatu yang baharu. Ada cerita menyulam cerita diri sendiri yang sama. Bahasa? Bahasa orang muda la ooi!

Mudah kata - kena istiqamah.

Semakin lama mereka membaca, semakin dalam makna blog itu dalam hidupnya. Seolah-olah itulah yang menjadi pencetus semangat dan pengulang sejarah semalam. Seronok.

Analisisnya mudah, menulisnya juga mudah - nak buat, kena cuba berkali-kali. Yang penting kena jujur dalam bicara. Bicara menutur cinta, tiada selindung, yang ada hanya helah bahasa.

Saya juga yakin, apa sahaja yang disampai oleh hati, akan sampai ke hati jua.

Comments

Popular Posts