Demo la ni....

Saya memang seorang yang cemburukan mereka di luar sana. Bukan kerana baju yang mereka pakai, bukan kerana kereta yang mereka pandu, bukan kerana handbag yang mereka sorong ke sana ke mari... bukan kerana itu. Saya cemburukan mereka kerana kesungguhan yang mereka miliki, kelapangan yang mereka nikmati dan juga ketelitian dalam menunaikan tanggungjawab DnT.

Jaulah ke India yang berjumlah dua minggu itu benar-benar menuntut balasan yang bukan sedikit, bahkan terlalu besar. Kepenatan menghadapi projek-projek, inisiatif yang berjela-jela mengekori setiap saat pergerakan. Beserta ditukar ke section baru yang menuntut kerja lebih masa - foreign bererti asing bererti masanya juga asing bererti 9 malam lokal, hey! good morning US! Seronok bukan? Pulang selewat jam 10 malam setiap hari???

Serius! Saya penat!

Pakcik Muntalaq berkata, "Kelelahan selepas bermujahadah adalah kerana rosaknya langkah bermula..."

Mengingati langkah-langkah awal di jalan ini, bukanlah semenarik warna pelangi, ceria selepas gerimis petang. Ada hijau, kuning, biru ,merah dan indigonya... Cerita saya hambar dan seperti ada hiccup di awal itu. Mungkin kerana saya yang kurang menyerah diri atau apa...

Namun, bukanlah diri saya untuk menentukan masa depan saya. Sekalipun kelelahan, saya mohon pada Allah untuk sentiasa tsabat.


dan saya nak katakan kepada pakcik-pakcik di US dan Paris sana, It's 10 PM okay!!! not 10 am...

semoga dikurniakan kesabaran yang tiada tandingannya..

Comments

MomoN said…
kak sitiiiiii!!!!
waaaahhh.. kesiannya kak siti!!~
xpe2.. Allah sentiasa ada disisi kan?
Ada la tu Allah nk bg k.siti hadiah lain kan?
rindu kak siti!~
arissa myana said…
salam kakak sayang,

smoga Allah balas apa yg kak korbankan dgn gnjaranNya yg paling berharga :)

ohhh kena stay smpi 10pm stiap hri tu mmg melelahkan. smoga terus kuat dn tsabat ;)
Time kasih ain n muna...semoga Allah memberikan kita kekuatan utk terus melangkah di jalan penuh pancaroba ini....
miss harti said…
salam kak siti!!

ingat diriku lagi? kekeke..

owh ingatkan diri sendiri yang balik nk dekat pukul 6 setiap hari dah cukup kesian.. rupe2nye ade lagi yang lebih teruk..

takpe kak, mesti ade org lain yang lebih teruk!

smile
adik!!! apa cer?? lama sudah tidak bertegur sapa...kirim2kan lah berita dari sana..kami merindukan butir-butir indah bicara adik...

owh miss harti...miss u so much adik...

Popular Posts