Cerminan akhawat itu adalah saya

Sepanjang perjalanan yang singkat tetapi berkat ini, saya menemui satu kesilapan yang secara jujurnya menghinggapi saya suatu ketika dahulu dan kini kelihatan menular ke jiwa-jiwa baru yang seharusnya bersih dan suci ini. Saya berpergian ke segenap bumi maududi untuk mencari solusi buat saya yang juga membawa adik-adik secara online dan ingin belajar bagaimana mentaksis di waqie baru. Sewajarnya waqie yang baru ini segar, hijau dan membugar. Namun, perasaan saya begitu berat sekali meninggalkan bumi subur ini kerana satu persatu kepincangan yang disedari di saat-saat akhir. Kecewanya kerana kesimpulan kepada perjalanan ini begitu menyayatkan hati saya.

 Kerap kali kita melihat cermin dan melihat orang yang di dalamnya penuh. Seribu satu kelemahan dan kesalahan. Owh, kita ini kan manusia, siapa ynag tidak punya kesalahan dan kelemahan. Dan kita mula berkata kepada diri sendiri, "Owh, saya lihat akhawat ini masih lagi itu ini(e.g masih dalam karat jahiliyyah)." Atau di suatu sudut kita berkata, "Apa la akhawat ni, solat malam pun x buat, beli barang yang diboikot, masih lagi penuh dengan prasangka-prasangka yang macam-macam." Atau kita mula mmebandingkan diri dengan akhawat, " Akhawat ni, banyak yang belum settle, menyelesaikan masalah pun macam bertindak semborono sahaja..." Saya amat terkesan sekali bila mendengar pernyataan-pernyataan ini kerana barangkali kita membanding beza dengan keadaan diri kita, seolah-olahnya kita lebih hebat dari mereka. Kita ini lebih perfect dari mereka. Padahal kita sedang melihat cermin dan berkata kepada orang di dalam itu.

Bukankan saudara kita itu cerminan kita? 

Cerminan yang...Boleh berkata-kata? Maka, saya amat bimbang sekiranya cakap-cakap kita bukanlah atas dasar untuk memperbaik keadaan tetapi hanya mengutuk kegelapan. Bukankah lebih baik kita berusaha menerangi kegelapan daripada terus menerus mengutuknya. Permerhatian kita sewajarnya penuh dengan kasih sayang. Penuh dengan nilai  kemanusiaan untuk kita sama-sama mengubah kekurangan kepada tahap yang lebih baik. Seandainya kita tidak mampu melakukan keseorangan, ceritakan kelemahan dan kekurangan itu dalam konteks untuk menambaik bukan menjadi bahan umpatan.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (QS. Al Hujuraat : 11)

 Kita semua tidak mungkin terlepas dari bersangka-sangka kerana kita manusia. Manusia itu akan bertindak mengikut sangkaan. Sangkaan ini yang perlu dibersihkan dan disucikan mengikut acuan Islam. Mana mungkin kita dapat lari dari memberi sangkaan, namun, di sini kita harus belajar untuk men'clarify'kan sangkaan. Pendedahan dan penjelasan selalunya mengambil masa dan mungkin menjadikan keadaan sedikit tegang, namun, percayalah ketegangan itu tidak lama. Seandainya kita sedia untuk mencapai kata putus.

Seringkali 'perang dingin' antara kita terjadi kerana sangkaan dan tuduhan awal yang hanya berasaskan teori yang boleh disangkal. Dan kita puas sekiranya kita mampu lupakan saja perihal tersebut tanpa menyelesaikannya. Percayalah 'sampah' masalah yang kita simpan itu akan mengeluarkan gas metana yang boleh membakar dengan dahsyatnya. Jangan biarkan perkara itu berlaku. Sebaiknya, ambillah sedikit masa, kuatkan sedikit hati, lauskan sedikit hati kita untuk menjelaskan sesuatu perkara. Ambil masa unutk merefleksi diri setelah itu, dan akhirnya serahkan segalanya pada Allah.


Akhawat kita cerminan kita.Seperti mana anda melihat mereka, seperti itu juga diri anda.


Andai kita kutuk mereka itu ini, itu hanya bererti kita juga itu ini. Andai kita bengang kerana akhawat itu ini, maka kita juga sewajarnya bengang dengan diri sendiri. Ujarkanlah setiapa apa kelemahan yang kita nampak di dalam akhawat dengan penuh kasih sayang, sedarlah kita juga sebahagian dari itu. Wajarnya kita ubah diri untuk mengubah orang lain. Moga diri saya yang berkata ini lebih-lebih beringat untuk mewarnai sangkaan itu dengan penjelasan dan berusaha mengubah dengan penuh kasih sayang.

Comments

arissa myana said…
pernah baca something yg macam diri kita tu cerminan orang sekeliling kita or vice versa.

dan gist ny iman kita tu yg menjadi pengukurnya. maksudny, kalau ada yg kurang atau apa, perlu periksa iman kita dahulu bagaimana. T____T

sgt mendlam, x smpt nk shara byk dgn k.nadiah pulang dri india. looking fwd to hear from u pula :)


semoga Allah berkahi dan jaga hati2 kita semua..amiin
Adik...

Mmg benar kena check iman kita ttp yang dimaksudkan dgn ini, adalah bagaimana kita melihat kwn kita spt mana kita melihat diri kita. Kita mahu ubah diri mereka sesungguhnya spt kita ingin mengubah diri kita. Jika mereka comot, kita nak bersihkan dan jadi si bersih. Maka, jika bukan memandang mereka, 'mereka' tetapi kita, diri kita sendiri. Maka, kita akan berusaha mengubah diri kita yg dlm cermin itu....

Kerna itu bukan mereka ttp kita...

Popular Posts