Pembantu yang terbaik!

Pulang dari India membawa sejuta pengalaman. Pengajaran dan pemerhatian yang tidak pernah berhenti. Saya pulang dengan perasaan yang berat. Mana tahu amanah selepas itu lebih berat. Kiranya perjalanan sebelum ini berkelana di bumi Maudui, di negara tenang bergempa bumi kiwi dan negara kecil kuching/bintulu itu membawa saya ke dimensi baru, melihat alam dan manusia dengan kaca mata berbeza. Dunia ini penuh warna dan masyaAllah sangat-sangat cantik. Saya obses kecantikan.

Ketika di India, saya melihat perkembangan dakwah di sana agak tenang. Di tempat yang agak baru dan belum diterokai, saya melihat peluang besar yang harus di'grab' adik-adik untuk mengakar umbi di sana. Seharusnya, gerakan itu lebih ghairah untuk mengasaskan QS itu. Orang ini tetap sama di mana-mana. Dia tetap manusia. Sekalipun dia itu supersaiya tahap ke-7. Dia masih memerlukan pembantu-PEMBANTU yang baik. Ya, Pembantu yang Baik.
Mari bantu membantu eh
Jika kita lihat Ketua negara ini, dibelakang dipilih 10 orang terbaik untuk membantunya menguruskan negara ini. Jarang sekali kita lihat pm kita berambut lebat...mereka dimamah usia, jika mereka semakin muda, ketahuilah anda mereka mungkin tidak membuat kerja sebaiknya. Kerna Umar Abdul Aziz kelihatan tua sebelum umurnya, sakitnya setelah 2 tahun memerintah penuh jaya hinggakan tiada yang layak menerima zakat. Hebat bukan? Pembantu dia, pastinya ulama-ulama yang selalu dia berdampingan. Tidak perlu saya huraikan peranan 10 orang kerana en Wiki boleh melakukannya lebih baik dari saya.

Yang ingin saya fokuskan di sini, di satu kawasan itu, seorang ketua yang sangat bagus, disegani dan disayangi segenap lapisan masyarakat. Jiwanya bersih, akhlaknya mulia dan senyumannya sudah pasti menawan. Namun, dia kurang satu, pembantu yang baik. Yang bisa menampung kekurangannya. Bukan kelemahannya tetapi kekurangan seperti masa, tenaga mahupun butuhkan material seperti ilmu, wang dan kenderaan. Seorang pembantu itu jika dilihat dari profession setiausaha, dia mestila setia- itu yg utama, dan yg kedua- usaha. Orang yang sanggup berusaha hingga ke langit biru dan hingga ke lubang cacing. Maka, akan tersusunlah urusan seorang ketua jika setiausahanya memang walk the talk, eh silap, walk the title 'SetiaUsaha'.

Kerja memang seperti sepele nampaknya, tetapi impaknya besar. Mungkin kelulusannya rendah namun jiwa harus besar, tenang dan matang. Sehinggakan saya terfikir, mengapa Allah menciptakan kelemahan itu utk bergelar setiausaha? Kerna itulah sifat yang sesuai untuk jawatan itu. Saya sememangnya setiausaha sejak dahulu lagi. Bukan berada di barisan hadapan untuk diketengahkan menjadi ketua. Saya tidak kisah, sehingga saya terjebak dalam dunia tarbiah ini. Saya mahu lead the crowd untuk buat kebaikan. Terutama di ofis, tempat saya bekerja. Namun, saya tidak langsung dilihat seperti orang yang boleh diikuti, kerana perwatakan saya lemah tidak lembut, mudah dibawa berbincang,sangat-sangat bertolak ansur. Saya tidak tegas dan garang untuk saya tegakkan A, maka A lah jadinya. Mungkin on the negative side, saya ini seperti lalang. Without that strong character, is hard to become a leader. InsyAllah saya terima hakikat itu. :)

Tetapi saya boleh jadi setiausaha yang baik, walaupun tengah meng'improve' diri untuk menjadi rajin. Saya mahu jadi pembantu yang baik, yang bisa menyusun bijak langkah seorang ketua, menyokongnya menajdi yang terbaik. Saya mahu, tersangat mahu!!! Hakikatnya perancangan Allah lebih baik. Beberapa initiatives di ofis tertinggal untuk saya memandunya, beberapa hal DnT perlu saya usahakan bak seorang ketua. Tugas yang tersandang dek tiada orang lain yang mahu/boleh memikulnya. Serius. Tiada orang. Masyarakat membutuhkan pemimpin untuk mereka, n somebody need to take charge. Mahu atau tidak, diri kita tertolak untuk melakukannya. TERPAKSA. InsyaAllah kita cuba buat kerana yakin akan firmanNya yang ebrmaksud, "Allah tidak akan membebani seseornag dengan sesuatu yang dia tidak mampu..... Al:baqarah:296"

 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahuakbar!

 Allah itu memang sweet. Di kala kerja tengah menggila,tanggunjawab bersahut-sahutan memanggil untuk dijawab, Allah kurniakan saya pembantu yang sangat baik. Saya memang tidak sempat sangat untuk mengurusi rumah, dia uruskan. Saya tidak sempat membeli keperluan rumah, dia belikan. Saya tidak sempat membasuh dan menservis kereta, dia serviskan. Saya tidak sempat memasak di rumah, dia masakkan. Siap bekalkan saya untuk makan tengah hari kerana saya sibuk, tidak dapt berlama-lama di waktu rehat. Saya tidak larat memandu, dia tolong hantar ambilkan sehingga sanggup menunggu hampir 3 jam kerana saya habis kerja lewat, ya, kerja last minute yg tidak siap-siap. Pagi-pagi, baju yang saya basuh tetapi belum bersidai, dia sidaikan, pinggan mangkuk yang belum bercuci, dia cucikan. Air sejuk dalam peti, dia buatkan. Malam-mala, saya lapar, dia siapkan makanan walaupun nugget dan kadang-kadang saya teringinkan mee Ruski tomyam. Dia buatkan dengan penuh terbaik. Owh, lupa nak cakap dia memang perfectionist dan obviously bilik dia lagi cantik dan kemas dari bilik saya. Dia sentiasa mahukan yang terbaik. Bila mak saya mintak amik saya kalau saya pulang malam-malam, dia sangup berambil hantar saya. Cuma, tidak berapa mahu untuk menyusahkan dia sangat...maka, saya bawa juga kereta sendiri. Serik juga untuk berhadapan dengan manusia yang menunggu berjam-jam dalam kereta, serius cuak nak cakap apa pun ketika itu. Tetapi, dia masih sabar dan melakukan yang terbaik untuk saya. Siapa dia?
Dia adik saya yang baik bangat !!!

Of course dia housemate saya-dia adalah adik lelaki saya yang terbaik. Siapalah tidak beruntung memikili adik sebaik ini? Walaupun dia masih lagi belum join tarbiah, saya meminta seluruh alam untuk mendoakan dia termasuk dalam golongan yang beriman dan beramal soleh. Termasuk dalam kafilah dakwah ini. Sekalipun saya tahu, di waktu itu, saya pula terpaksa menjadi pembantu dia. Tolong doakan adik saya ini. Tolong doakan saya juga untuk terus tsabat.. Hari ni saya off. Off usrah. Nak mengulangkaji pelajaran dnt. Abah pesan untuk sentiasa lengkapkan diri agar tidak menjadi kering. Jom kita belajar! Saya memang kakak yang paling bahagia di dunia kan?

Comments

Popular Posts