berpesan-pesan dgn kesabaran...

bersyukur setelah selamat sampai di bumi warwick.alangkah besarnya kurniaan Allah yg ditaburi buat kita.sebelum ini aku mungkin terlalu kurang memahami kandungan surah al-as.terlalu cetek pandangan dan persepsi terhadap surah ini.tanpa aku ketahui betapa dalamnya maksud di setiap kata-kata Allah ini.
berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran
hari ini semasa pulang dari manchester,fikiranku berputar-putar dengan tindakanku.salahkan aku bertindak sebegitu dan sebegini.berobjektif al-haq aku lakukan segala perkara yg aku telah lakukan.namun,niat tak menghalalkan cara.cara mesti betul baru niat yg betul itu tercapai.aku tidak boleh menjadi robin hood yg mencuri utk menyara dan menyumbang kepada org miskin.sebab itu aku masih berkira2 tentang tindakanku.furqan mengatakan ianya salah.rasa seperti ada yg tidak kena.malah,kdg2 terasa terlalu mengikut hati.salahkah aku?persoalan iu bermain2 lagi.emak selalu mengingatkan supaya bersabar.supaya bersangka baik.tahap kesabaran itu bukannya menurun malah kita akan diuji lagi dgn ujian yg lebih besar.hampir2 saja lutut ini lemah.malah,hampir2 saja tersungkur jatuh tatkala diuji.tetapi,jika dilihat dari sudut lain,tidaklah sebesar mana.hanya berlawan dengan diri sendiri.kena ingatkan diri supaya bersangka baik.dan mungkin berpura-pura baik juga(boleh ke ni)jalan ini pasti byk cabaran.jgn sampai terputus di tengah jalan.selalunya aku ingin sendiri lagi...

Comments

Popular Posts