AF mengambil masa kami!!!

sedar tidak sedar AF kembali lagi.sekembalinya dia betul-betul membingungkan kepala.mengapa perlu adanya program yang lebih kurang manfaat dari buruknya.tidak boleh kukatakan salah menonton AF saban hari (termasuk diari) tetapi dia ini sangatlah membuang masa kita.tidak benar jika dikatakan semua org dpt duduk bersama menyokong peserta yg mereka minat x kira umur dan status.hakikatnya bersatu di depan tv dan mengkritik(kdg2 mengutuk) peserta itu hanyalah persatuan yg membazir.tidak menambahkan ilmu apatah lagi iman.malah, membuat kita ini lalai dari tanggungjawab dan objektif bersatu itu sendiri-supaya pertalian terjalin utk sebarkan agama Allah.jika di rumah, tv tidak diletakkan di depan meja makan(alhamdulillah),maka dapatlah kami sekeluarga makan tanpa gangguan AF.dapat bertukar2 cerita dan bergelak ketawa bersama(argghhhh,rindunya saat itu).jika tv di depan mata, maka tvlah sebagai menu utama.tiada lagi kami sebagai pelakon utama di meja makan.AF terutamanya mencuri masa2 berharga bersama keluarga.sedih juga kerana perkara ini turut terjadi di UK(thanks to youtube n Internet yg superlaju)tadi masa makan dipenuhi dengan tayangan AF.aku tidak dapat menerima keadaan yg seharusnya menjadi medan kami bertanya khabar dan bercerita ttg kehidupan seharian masing2.alangkah sedihnya hati bila menu utama adalah peserta2 AF.aku sudah tidak lalu makan lagi.kerja2 yg berlambak2 mula datang memanggil aku supaya menyudahkan makanan dengan segera supaya dpt menyiapkannya sebelum dtg masa sibuk.salah aku juga kerana tidak menegur.tapi,seperti yg aku katakan tadi, AF itu tidak salah selain ia melaghakan.andai seseorg tahu tugas n tanggungjawab mereka,utk berehat sepicing pun rasanya tidak sempat.aku sedar, dgn menegur secara terus terang bukanlah cara terbaik utk aku yg masih gagal menunjukkan contoh terbaik.apa yg mampu aku lakukan ialah menyedarkan mereka betapa kita ini yg hidup hanya sebentar mempunyai tugas yg besar lagi penting.andai kita ini sedar,maka automatik kita akan tinggalkan perkara2 lagha ini.bilakah sampai waktu itu?pasti kan sampai satu hari nnt.dan aku terus menunggu tanpa jemu,tanpa putus asa dari terus berusaha mencuba...

Comments

Popular Posts