what will i do if today is the last day of my life?

ini adalah keberhasilan yg aku dapati dr ijlis bina nu'min sa'ah(IBNS3) semalam.kami melihat satu video yg ku kira menarik n inspiring.eventho, encik ni non-muslim , dia ckp something yg kita muslim patutnya amalkan dlm hidup.dia punya 3 cerita...
yg pertama ialah connecting the dotssss... wlpn kurg faham tujuan cerita tapi kusimpulkan bahawa God atau sebetulnya Allah telah menyiapkan satu perjalanan yg sgt cantik utk kita.jika kita menoleh kebelakang dan melihat titik2 hidup kita, sebenarnya itu yg menjadikan diri kita hari ini.penentuan yg sgt menarik.wlpn kita berusaha utk menentukan jln hidup sendiri tapi Allah ada aturannya sendiri.maka, x perlulah meratapi kegagalan kita dan kesusahan yg kita alami.sesungguhnya ada cahaya di depan mata kita.melihat jatuh bangunnya encik ini,kita blh ambil pengajaran drpdnya.

yang kedua-love and lost. dia buat apa yg dia suka dan ikut kata hati.wlpn dia penah disingkirkan dr syarikat yg dia bina sendiri, dia x putus asa but teruskan buat ape yg dia minat.dan memperbaiki dan mmg dia dpt bina sykt yg lebih bagus dr itu-PIXAR.dan ingatan dia pada semua
keep loking, don't settle
dan aku rase ade betulnya apa dia ckp tu.kita dah ade kerja kita yg Allah suruh buat kat dunia ni.cuma, how we gonna doing it is up to us...so,berhati2lah memilih dan pilihlah sesuatu yg kita betul2 minat.

yg ketiga-death. semua org takut mati.dan aku tanya diri sendiri,takutkah aku pada kematian??? sepatutnya kita suka pada kematian kan?dan encik ni every morning akan pandang cermin n tanya diri sendiri
if today is my last day, what will i do?
dan ini memotivasikan dia utk take risk.even nabi pun kata, jika kamu bekerja,bekerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya dan jika kamu beribadah, beribadahlah seperti kamu akan mati pada esoknya(x tahu hadis ni sahih or not, kena check balik) basically ibadah kita adalah kerja kita ini.maka, bila kita optimist,kita bygkan kita hidup selama2nya.dan bila kita kena take risk, bygkan esok tiada lagi utk kita.maka, dgn itu barulah kita akan buat segala ape dgn bersungguh2 dan tiada main2 lagi.main pun kena sungguh2.[owh,baruku faham apa yg muntalaq katakan...]

last sekali dia ingatkan budak2 baru grad tu supaya 'keep hungry,keep foolish' supaya kita sentiasa dahagakan ilmu dan mencari sebanyak mungkin.betapa byk ilmu2 yg pernting dlm dunia ni yg perlu kita acquire.malah, kita boleh simpulkan yg apabila kita lapar,kita akan makan something yg mengenyangkan.maka, kita akan membuat pilihan masa tu.even bila kita rase kita ni kurg bijak,kita kaan try acquire knowledge yg berguna utk kita.tapi macam mane nak tahu apa yg berguna or not? ha...kena kembali kepada tujuan hidup la!!!

Comments

Popular Posts