test keimanan


alhamdulillah.tak mungkin aku dapat benar2 berterima kasih pada Allah kerana masih memberi ruang masa utk aku terus menambah amal.aku baru shj membelek2 buku dasar2 islam(DDI) yg ditulis oleh sayyid Maududi.buku ni koleksi khutbah2nya.mmg menarik tapi perlu baca dgn hati2 supaya tak terlepas apa yg dia nak sampaikan.
tertarik dgn satu tajuk 'test keimanan'.setelh dibelek2 satu persatu, aku hanya boleh berkata"patutlah..." kenapa ya? aku belum betul2 masuk ke dalam islam secara keseluruhan[2:205]. teringat ketika beberapa org teman menegur secara berhikmah cara pemakaianku aku langsung x dpt terima.malah, diri sendiri cuba mencari justifikasi terhadap apa yg aku buat.eh, mana ada islam sesempit ni-itulah keluhan aku.tapi, setelah aku perhati dan amati islam bukanlah seperti sangkaanku dulu.betapa indahnya bila kita benar2 praktikkan islam.sekalipun ada ketika kita futur dan terasa lemas didlm nafsu dan keegoan sendiri, tapi rakan2 sekeliling ada mengingatkan.malah,sering berpesan2 dengan kesabaran dan kebenaran.apakah perkataan yg lebih baik daripadanya?
iman yg sebenar adalah bila kita benar2 serahkan bulat2 pada Allah dan rasulNya.aku masih mencari-cari apakah maksudnya itu.Allah menurunkan nabi buat pembimbing umat.kini baginda telah tiada.yg ditinggalkan hanyalah Al-Quran dan sunnah.realitinya kedua-duanya tidak mampu berkata-kata namun, kitalah harus berusaha mendapat tahu apakah kandungannya.memang kita x tahu berbahasa arab dan apa yg mampu kita buat hanyalah bergantung pada tafsir2 yg dipercayai.tapi masih menjadi tggjwb kita utk memeriksanya sedaya-mampu.jiwa org mukmin itu sensitif, maka dia pasti sgt berhati-hati menerima dan menapis segala apa yg masuk ke dalam fikiran.kerana kelak inilah yg akan membentuk perspektif hidup dan neraca utk menilai sesuatu.jgn sampai tersilap.
aku pohon supaya Allah melimpahkan hidayah ke dlm hatiku seperti Dia telah melimpahkan cahaya matahari ke bumi selama-lamanya...

Comments

Popular Posts