teman,kawan,rakan atau sekadar kenalan?

sepatutnya aku tidak berada di sini waktu ini.seharusnya meneruskan misiku yg sudah berhari2 aku ingin lakukan.tetapi setelah pelbagai urusan yg tidak habis2 aku tagguhkan sehingga hari ini.sejak akhir2 ini ada sesuatu yg sering menjengah ke fikiranku.sepatutnya telah lama aku lupakan dan meredhai semua yg terjadi. kisahnya.... a friend which is(was?) so dear to me.lewat perkenalan kami yg tidak lebih dari enam bulan telah membuat hati kami tertaut tatkala berjumpe kembali.kukira tiada apa yg sama antara kami.cuma,entah mengapa kami jadi begitu rapat(mungkin ini di pihak aku shj,huhu)kukira juga kami dpt melangkah hidup ini bersama-sama.berlari bersama2 dan meraih kejayaan bersama-sama.berkongsi suka dan duka bersama2.telahan aku sama sekali silap.aku ini bagaikan bebanan saja.aku andaikan kehadiranku hanya melambatkan proses utk dia berubah menjadi lebih baik ie menjadi insan bertaqwa.aku hanya mengheretnya ke dalam persoalan yg x bisa utk dia fikirkan lagi.
dan pastinya aku merasakan bahawa pertemuan itu hanya utk aku merasai nikmatnya dgn sekejap.tup,tup, Allah telah tarik kembali nikmat itu.kini, aku sendiri tidak pasti apakah hala tujunya.tapi aku pasti kami punya cita-cita yg sama.malah, aku sedar jika aku mencuba juga,kami hanya akan menyiksa diri sendiri.dan silap aku kerana terlalu cepat mengangkat dia sebagai teman.andaiku bila kami ada kefahaman yg sama,pasti kami akan mampu bergerak bersama-sama.dan ternyata aku silap sama sekali.
kini, kami hanya mampu berbalas senyuman.hampir putus kata2 tatkala berjumpa.kadang2 senyuman yg diberikan juga hambar.tidak pasti salah akukah?dulu,aku mencuba,dan sehingga satu ketika aku sudah putus asa.kini,kufaham, antara kami bukan teman lagi.kawan?rakan?mungkin sekadar kenalan saja.tidak lagi menanti2 waktu utk bertemu,(sekalipun dulu sering menanti kehadirannya di alam maya)malah mungkin mengharapkan kami tidak bertemu lagi.cukuplah aku ber'eksperimen' dengan hatiku yg enggan melepaskan kenangan lama.yg sudah lepas itulah yg terbaik.tiada kebetulan dlm islam.mmg kami ditentukan utk bertemu dan berpisah(sudah berpisah ke?)
pengajarannnya buat aku adalah,hargailah masa2 bersama teman2.anggaplah perkara yg berlaku ada pahit manisnya.sekalipun kita ini berjumpa seketika cuma.jadilah masa2 itu bibit2 yg paling berharga buat kita dan dia.kita ini 'insan' biasa-'nasi' ertinya lupa.maka, sekalipun bibit2 itu akan dilupakan, namun, apa yg baik yg dpt kita sampaikan lewat perkenalan kita mampu berubah dia menjadi lebih baik. berpesan-pesanlah dengan kesabaran dan berpesan2lah dengan kebaikan. kita ini hidup cuma seketika.jgn sampai kita menangisi hari2 kita yg berlalu tanpa berbuat apa2.

p/s: lagu ini sgt sesuai dgn tema hari ini.wlpn video klipnya kurang kuminati...

Comments

Popular Posts