Tren ke syorga!

Seperti biasa tren penuh pagi-pagi ini.Sesak.Tersepit bagaikan ikan sardin. Malah ada orang kata, ikan sardin pun tak sesardin ini. Walaupun sesak, namun, jika sampai ke Pantai Dalam, masih muat 10 lagi manusia pelbagai saiz untuk masuk. Itulah menunjukkan netapa flexiblenya tubuh manusia ini. Kesemua manusia ini membuat kerja masing-masing. Ada yang mendengar ipod, iphone, mp3 dan seumpamanya. Ada yang text mengetext memberitahu pihak yang di sana kelewatan mereka, ataupun memberi ulasan cuaca di dalam tren - pagi ini panas dan tiada sebarang tanda akan turun salji mahupun riak-riak hawa dingin sehingga petang nanti - itulah text yang kerap dihantar. Jika ada yang dapat duduk, biasanya usaha melelapkan mata berlaku dengan jayanya. Bukan satu dua mulut ternganga, jumlahnya berbilang. Membaca buku? Opss, tiada 'lelaki kacak suka membaca' di dalam ladies coach ini.

Tiba-tiba suasana menjadi kecoh. Terdengar suara pemandu tren memberi arahan, " Sila berdiri jauh dari pintu. Pintu akan ditutup sebentar lagi."

Dup!

Pintu ditutup.Tetapi tren masih statik selepas 2 minit pintu ditutup. Selepas itu, pintu dibuka dan ditutup sekali sehingga berkali-kali. Ada yang sudah mengeluh. Ada yang sudah berbunyi. Masing-masing tidak selesa dan keadaan sebegini selalunya mengundang amarah. Suara pakcik pemandu kedengaran sekali lagi. Mesej yang sama dengan tambahan, "...jika tidak, tren ini tidak boleh meneruskan perjalanan."

Tren ini sudah penuh. Orang berlumba-lumba masuk. Mungkin kerana yakin tren ini akan sampai ke destinasi walaupun lambat. Iya, walaupun tidak 'punctual' tetapi pasti akan sampai juga ke destinasi.

Mau join sekali???
Sepertilah dakwah ini juga. Jalannya panjang dan berdebu.

Terbayanglah oleh saya tren ini ibarat dakwah yang tak gerak-gerak coz ramai yang berada di antara Islam dan Jahiliyyah. Sebelah kaki seolahnya ingin bersama-sama dalam gerabak dakwah ini, namun sebelah lagi kakinya sayang meninggalkan Jahiliyyah sehingga gerabak tren ini tidak boleh ke hadapan. Malah, benarlah jalan ini menuntut pembersihan sebenar-benarnya. Jika mahu terus bersama-sama gerabak ini, maka pilihlah dan masuklah diri kita ke dalam Islam keseluruhannya.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ( al-Baqarah [2]: 208-209)

Dakwah ini sukar bergerak andai kita dilumuri dengan dosa Jahiliyyah. Kekuatan kita juga semakin longgar. Serupalah tren yang tidak dapat bergerak dek beberapa orang yang tersangkut antara pintu. Sebelah kaki mereka di dalam tren dan sebelah lagi di luar sana. Sama ada kita yang di dalam ini berusaha menarik mereka ke dalam atau minta mereka meninggalkan tren ini sehingga mereka bersedia.

Owh, saya nampak pakcik penjaga stesen berlari-lari ke arah pintu kami. Dia berusaha untuk memastikan kami masuk ke dalam tren dengan sebaiknya. Malah, dia juga memeriksa agar tiada sesiapa yang tertekan open button tanpa sengaja. Saya membayangkan Syeikh H datang membetulkan dan menjelaskan tentang jalan dakwah ini. Kehadiran disambut penuh kesyukuran kerana kadang-kadang kita memerlukan 'orang luar' untuk memperbaik sistem yang ada.

Jika masih ada yang berkeras ingin bersama-sama Jahiliyyah... Kitakan terpaksa katakan kepada mereka: "Tinggalkan tren ini sehingga anda bersedia'. Pilihan yang sukar dan kejam juga seolah kita yang di dalam ini menolak mereka keluar. Namun, hakikatnya menunggu mereka bererti melambatkan lagi perjalanan. Oppppssss...maaf ye, itu sajalah dapat saya katakan...

Moga kita boleh perbaiki diri dan infrastruktur untuk lebih laju dan maju...InsyaAllah

Ketika itu kami berada di stesen Pantai Dalam yang orang-orangnya sangat 'eager' sehinggakan kuasa 'tolak-menolak' begitu hebat berlaku di sini. Boleh saya umpamakan stesen ini ibarat wadah-wadah yang kita tubuhkan untuk mengumpulkan lebih ramai penumpang 'Tren ka Syorga' ini. Kita memerlukan lebih ramai orang bersama-sama kerana jalan yang payah ini pasti ada sahaja yang mahu keluar. Ketika tren berhenti seketika tempoh hari, ada yang kurang sabar dan ingin keluar mencari alternatif lain. Bukan mereka tidak yakin dengan jalan ini, cuma kerana tren ini terlalu penuh dan lambat...dan ditambah pula perlu menunggu sehingga tren ini berjalan semula, mereka ingin jalan yang cepat, jalan yang selesa. Maka, dengan segala hormatnya, kita mempersilakan mereka keluar. Terima kasih atas sumbangan anda dan saya harapkan anda semua berusaha pula di jalan alternatif dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

Teringat kata-kata Ishab...

"Jika ada kebaikan pada kamu, kita pasti akan bertemu.."

Comments

arissa myana said…
dari dahulu, sehingga kini, perkataan 'tren', 'gerabak' dan yg seangkatan dgnnya x pernah mmberi konotasi yg positif bg saya.. haha (-_-)"

dan alhamdulillah, semoga ketidak selesaan itu mmbuatkn kita trus berusaha untuk berada bersama. cram in bersama, walau tidak selesa :)

dengar cerita ad org nk terbang ke india :) waaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh bestnyaaaaaaaaaa!!!
maaflah jika perkataan2 alergik ini digunakan untuk ceritera kak...

kak sgt2 suka tren wlpn ianya tidak pernah positif.huhuhu...sebab kita byk belajar dari kesusahan bukan kesenangan.

bab india tu...cepat banar tersebar nya ya...inysAllah,doakan yg terbaik buat kami... awak nak join sekali?

Popular Posts