'Serve ur right!': Ukhuwwah itu harus diusahakan

Kita bermula dengan satu perkenalan yang mudah. Mungkin dalam suasana yang ramai itu kita merasa bahagia, merasa aman. Sekurang-kurangnya kita tidak sendirian... Mungkin....

Satu cerita dari negeri yang jauh...

Persahabatan berasaskan perjuangan menuju redha Allah. Bermula dengan satu pertolongan dan pertolongan seterusnya berlarutan sehingga satu ketika Ketti Perri merasakan hidupnya terlalu penuh dan serabut. Dia sungguh-sungguh dalam amalnya, berusaha memungkinkan sesuatu yang mustahil. Malah, bersedia mengambil tanggungjawab walaupun dia tahu dirinya seumpama Abu Dzar Al-Ghafir - tidak sesuai menjadi pemimpin. Ya, dia terima juga. Baru langkah dalam kepimpinan bermula, dirinya sudah demotivate kerana tidak diberi peluang untuk mengusahakan sesuatu mengikut pengalamannya. Dia merasa kecewa dan enggan meneruskan tugas itu dan mula menyongsang dari keputusan. Sudah mula membiarkan Si Puppet Master memainkan peranannya. Selepas itu, satu persatu amanah yang dipegangnya terlerai. Jika dahulunya ada sinar di hujung jalan, kini semuanya kelam. Dan dia.... semakin tenggelam dalam untaian kekusutan persahabatan dan tanggungjawab....



Dan ketika Ketti meluahkan rasa, cuba meraih kembali semangat, yang dia dapat hanyalah kata-kata ini, "Serve ur right!"
No one is to blame if u're not telling anyone. Akhawat is all around you... it's just you... just you....

Kesimpulan, pulanglah Ketti malam itu dengan hati yang terluka. Benar-benar terluka yang sukar untuk sembuh walau apa jua alasannya...


Itu satu cerita dari negeri yang jauh.... itu cerita dia....

Kini, berhadapan dengan satu keadaan yang sangat soleh wa musleh, kekadang kita tersadung jua dalam kelangsungan ukhuwwah itu. Sehingga begitu mudah kita membuat kesimpulan, jika semua orang punya matlamat yang sama, cara kerja yang sama dan fokus mad'u yang sama, jadi mengapa tidak kita ini saling memahami. Bukankah pepatah, 'Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain' masih lagi valid sehingga sekarang? Senang kita bicara, bukankah ukhuwwah paling rendah itu berlapang dada? dan tahap tertinggi itu adalah ithar? Hey, kawan! Ukhuwwah itu harus diusahakan. Ia tidak datang bergolek hanya kerana persamaan kita.  Dulu kita buat semua perkara sama-sama - solat subuh bersama-sama, Al-ma'thurat sama-sama, dengar dan baca hadis Riyadhus Salihin bersama-sama. Dulu, kita keluar ke daurah bersama-sama, keluar ke usrah adik-adik pun sama sebab mereka dari kolper yang sama. dan..ketika kita rasa itu semua macam tiada apa-apa nilai pun pada ukhuwwah kita, sekarang barulah saya merasai kehilangannya. Mula-mula, kita tinggalkan bacaan Riyadhus Salihin kerana ada yang nak ke tempat kerja awal(termasuk saya). Selepas itu, kita tinggalkan pula bacaan Ma'thurat bersama-sama kerana ada di antara kita mahu ke kerja awal(mungkin saya juga) atau mahu baca Al'Ma'thurat Kubra atau lebih selesa baca di bilik. Mungkin juga kerana mahu beradu sebentar sebelum memulakan hari yang memenatkan. Mungkin selepas ini, even solat Subuh kita jua tidak bersama-sama lagi....

Maka, bila masanya kita dapat berjumpa, menatap muka sesama kita walaupun dengan sebentar cuma ketika doa Rabitah. Kita gembira dan merasa bahagia lantaran banyaknya kerja yang kita buat dan beratnya amanah yang kita pikul hinggakan kita pulang lewat dan terpaksa men'qada' tidur menghilangkan penat yang bersisa. Malah, kita dengan sengaja merasakan aktiviti sampingan rumah kita terlalu membuang masa untuk akhawat seperti kita. Seharusnya kita lebih berobjektif dan lebih fokus dan lebih qawiyy amal kita. Yup, tidak dinafikan bahawa kita sudah tidak ada masa lagi untuk perkara-perkara yang remeh-temeh ini. Cita-cita kita besar dan jalan kita jauh lagi. Jika kita sibukkan hal-hal kecil,bagaimana kita mahu mencapai UA itu?

Maka, maafkan saya jika saya katakan, ' Sesungguhnya saya tidak layak lagi bersama kalian. Saya terlalu membimbangkan perkara-perkara kecil ini sehingga satu masa kita ini berbeza. Malah, jurangnya kian membesar dan mendalam.'

......dan saya tidak kisah sekiranya kisah pengakhiran Abu Dzar itu sama akhirnya seperti kisah kita....


Comments

Popular Posts