Weng!Weng!

Saya sangat mengantuk hari ini. Sambil menunggu tren saya masih sempat tertidur.Hampir-hampir sahaja Quran yang dipegang terjatuh dari riba. Haih, semalam saya tidur lewat. Kelmarin juga tidur lebih lewat. Jam 3 lebih masih sibuk berbual-bual dengan Cik PTD. Memang susah nak jumpa masa-masa terluang dengannya. Maka, jam tiga itu sepertinya baru menjejak 9 malam. Di ofis, kepala dah weng, weng menahan kantuk.

Maka, saya mengambil kesempatan melelapkan mata barang sepicing di surau. Sebelum jemaah Zohor yang seterusnya bermula, saya mengambil kesempatan untuk masa yang masih ada. Dalam mamai dan separa sedar itu, terdengar suara-suara asing yang menjengah telinga. Puas diri memfokuskan pada tidur tetapi hujung gegendang menangkap juga bualan rerakan surau. Dalam bualan yang tenggelam timbul itu,

"......tidur-tidur......macam la ada anak....zaman sekarang..."

which otak saya dengan ligatnya menterjemah ayat tidak lengkap itu seperti ini;

" Tengok tu. Tidur-tidur pulak dalam surau. Macamlah dia ada anak suami. Budak-budak zaman sekarang macam ni lah...."

Tak jadi saya meneruskan usaha melelapkan mata. Terus bingkas mencapai telekung dan mula berwudhuk. Deapan cermin besar, saya renung dalam-dalam diri saya. Of kos, saya berasa agak malu dengan diri sendiri, seolahnya memalukan sahabat-sahabat bernama full time daie. Entah bagaimana untuk mempamer akhlak terbaik jika perkara semudah ini pun saya tak dapat atasi.

Sepandai-pandai tupai melompat, terkadang perlu berhenti juga...


Tetapi, dalam pada itu juga, terdengar hati kecil saya bersuara...

'Bukan sengaja nak tidur sebentar. Walaupun tidak beranak suami, bukanlah bererti saya boleh tidur on time setiap hari. Sejak hari Khamis lagi, tidur malam sangat minimal. Perlu memenuhi pelbagai keperluan dan tuntutan DnT sehingga total masa yang ada menyusut. Jika orang lain berehat di hujung minggu, kami harus semakin ligat. Hujung minggu ertinya sepenuh masa untuk DnT....'

"Bukan, bukan nak mengeluh...cuma kadang-kadang pedih juga telinga menerima perlian sebegitu. Kami bukan buang masa menonton Korea mahupun bermain games, tetapi kami bermuaisyah dengan adik-adik, menghantar teman-teman pulang ke rumah dan menyiapkan kerja-kerja rencam yang lain..."

Ya, kami sibuk( x kesahlah kalau tak faham). Diharap sibuk dengan penuh keimanan.


Comments

Popular Posts