Change

Niat di hati  nak menulis sempena Maal Hijrah, nampaknya hajat tidak kesampaian.
Saya terkesan dengan pertemuan hati dengan orang lama dalam dakwah ini. Orang yang turut mewarnai hari-hari awal saya di dalam kancah DnT yang penuh liku-liku ini. Dia ternyata masih muda, ceria dan berseri-seri. Percakapannya masih sama walaupun saya merasakan beza umur kami semakin mendekat. Adakah ini bermakna saya sudah semakin tua?

Sekian lama hati terluka ini mencari-cari ubat penyembuh. Alhamdulillah saya menemuinya di hujung minggu yang lalu. Bertemu dengan teman tapi mesra dari timur sungguh mengujakan. Walaupun hanya sempat berbual beberapa ketika sebelum melelapkan mata, tapi perkongsian itu sungguh bermakna. Ia benar-benar mengugah jiwa untuk terus positif dan berusaha. Ia benar-benar membuat hati saya sayu mengenangkan perjalanan tarbiyahnya yang bukan semudah 1,23.....Malah, hati ini turut meruntun kesedihan lantaran tiada usaha dari pihak kami yang dapat dilakukan untuk memberi lebih dari sekadar rutin perjalanan tahunan yang hanya diatur tanpa mencari kesesuaian dan ketepatan dengan kehendak mad'u. Pelbagai rasa saya simpan kemas dalam hati dan berlalu malam hari itu dengan mimpi indah seorang satria datang menyelamatkan keadaan dunia DnT di luar   sana.

Hakikatnya, perjalanan ini bukan mudah di sini jua. Di mana DnT ini sangat subur dikelilingi akhawat yang ramai, murabbi yang terbilang dan muwajih yang bertahap super saiya. Seperti kata penulis cerita Spiderman, "Great power will come with great responsibility". Apabila ceritanya meriah dan pelbagai, bererti masalahnya juga meriah dan pelbagai. Ternyata kehendak dan keperluan kawasan tengah ini lebih menekan dan pastinya membuatkan ada antara kita yang tertekan. Akhir-akhir ini, sayalah mangsanya...

Mangsa perubahan. DnT ini menghendaki perubahan yang senantiasa berlaku. Tidak boleh statik. Air yang statik itu mengundang bahaya. Bahaya denggi dan bahaya air yang membusuk. Begitu jua DnT ini, andai pelakunya statik, ia juga akan membusuk dan mendatangkan penyakit. Penyakit yang ada ubatnya tetapi terlalu seni simptomnya. Ale-ale ia sudah menjadi tokak - membarah di dalam diri dan anggota.

Teringat beta zaman muda-muda remaja dahulu. Zaman penuh permainan dan gelak ketawa. Zaman jahiliyyah orang kata. Kita masih di bawah tempurung jahiliyyah dan suka begitu. Perubahan ketika itu terasa sangat sukar. Puaslah murabbi mencuba dari segenap sudut untuk menyedarkan dan memberitahu. Bermula dengan jualan kecil-kecilan sehingga ke jualan besar-besaran. Dan mungkin juga beserta hadiah. Namun, baju masih singkat... Saya sedar cuma kurang berminat memakai baju labuh sedemikian atas alasan-alasan yang valid ketika itu, maka saya mengambil langkah mix and match baju seluar yang sudah ada. Dengan membeli skirt paras lutut, saya memakainya untuk memanjangkan baju yang singkat dan menutup seluar jeans yang agak biasanya fit untuk wanita. Melihat gambar-gambar zaman-zaman perantaraan jiwa Islam dan jahilyyah itu, saya senyum sendiri. Malah, terasa seperti apa yang berlaku lewat minggu-minggu lalu adalah jiwa yang kacau - dalam berubah dan menghadapi perubahan.

Baby DnT yang berusaha memperbaik diri......comel kan?
Tanpa saya sedari bahawasanya kejadian perubahan itu sentiasa berlaku. Perubahan itu menuntut pengorbanan sehingga saya juga lelah di dalam arus. Kemajuan di dalam DnT ini menuntut kematangan dan of kos, haruslah saya matang. Bercakap soal matang, seorang insan yang saya amat kagumi benar-benar berubah menjadi sangat matang tatkala menghadapi arus perdana DnT di Malaya. 

Hakikatnya, waqi' yang 'real' in tersangatlah real dan menuntut para Big Fat Guys from overseas to really 'turun padang' to tajmik, kumpul dan membina adik-adik. Bukan senang nak faham sekiranya anda hanya melihat dari atas mahupun dari pandangan helikopter. Anda tidak akan mungkin faham susah payah dan peliknya demografi dan sosio ekonomi rakyat Malaysia yang berbilang perangai ini. Anda fikir anda sangat-sangat faham sesudah 2, 3 tahun bersama-sama dalam kafilah DnT ini. Namun, keberadaan anda sahaja tidak cukup, selagi peluh anda belum menitik, air mata belum tercurah dan otak anda tepu dengan kepelbagaian sifat objek dakwah anda. Anda bukan berdepan dengan koloni semut yang tinggal di busut, mahupun koloni ikan kembung di lautan. Anda berdepan dengan suasana yang berbeza - walaupun namanya pejabat, tetapi pejabat TM tidak sama dengan pejabat JKR, sekolah Alam Shah tidak sama dengan sekolah Seri Puteri (obviously!) malah kolej-kolej persediaan juga ada rutin berbeza, cabaran yang definitely berbeza dan juga permasalahannya tersendiri. Jika kita mengambil template Kolej Pertama untuk diaplikasikan dengan Kolej Permata, hasilnya hampir pasti sembilan puluh sembilan peratus akan gagal.
Mungkin serupa tetapi kami berbeza :P

Maka, dengan semua perbezaan ini, mana mungkin untuk kita membuat satu template yang mudah agar bisa para dai'e men'taksis' di medan-medan amal mereka? Ehem...Siapa kata dakwah ini mudah, ditaburi bunga dan dihamparkan permadani merah. Siapa kata bila setahun lepas berjaya, tahun ini kan berjaya juga? Opss, jangan cuak. Fiqh dakwah ini luas dan meriah.Berita baiknya adalah jalan ini ada prinsipnya. Malah, sekiranya anda berpegang pada prinsip tersebut, nescaya anda tidak akan lari jauh. Masih teguh di jalan dan percayalah, masih ada cahaya di hujung lorong itu. 

Prinsip-prinsip ini akan saya jelaskan lagi di keluaran akan datang. Untuk kali ini, cukuplah dengan mengatakan perubahan itu senantiasa berlaku dan kita harus sentiasa boleh adapt dengan perubahan itu. Mungkin agak kejam untuk saya katakan tiada istilah 'settle-down' untuk Big Fat Guys. Sebab gempa akan sentiasa terjadi dan demografi dunia akan berubah sentiasa. 'Settling down' is just too cliche untuk Big Fat Guys sehinggalah ramai yang 'down' dan sekali 'down' susah nak 'Up' balik. 

Teringat pesan Ust AaA yang handsome,

 "Jangan MALU untuk memulakan semula."
Yang ditinggalkan dan yang tertinggal mampu mengejar kembali  sekiranya bersedia untuk bermula semula...


Ini ingatan untuk diriku yang mudah lupa.


Comments

arissa myana said…
memang jln ini mnuntut galanya dari kita. mcm berkreativiti. eh.

teringat bicara seorang murabbi ---> beriman pasti diuji. berat. tapi itu sahaja pilihan yg ada antara dua, takkan kerana takut diuji kita tidak mahu beriman kan?

semoga atas semua yg berlaku tidak akan membawa kta kepada yg lain, selain redha juga pergantungan kepada DIA.

with <3

Popular Posts