Dingin

Kuantan banjir hari ini....selepas kami meninggalkannya kira-kira jam 5 petang tadi. Terdetik juga di hati supaya biar kami saja yang tersekat di jalan, tidak dapat pulang ke KL. Bukankah itu bererti satu cuti percuma yang sangat-sangat diidamkan? Absolutely! -> untuk pekerja yang sudah habis cuti tahunannya seperti saya.

Dingin cuaca Malaysia di akhir tahun 2011 ini kerana hujan tanpa henti. Kajang juga sudah dilanda banjir kiat, fenomena biasa bandar-bandar di Malaysia yang tidak tersusun atau tidak mampu lagi disusun. Habis Warta digenangi air.

Dingin lagi hati saya meneruskan sisa-sisa 2011. Tahun ini terasa sekejap tetapi terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Sehinggakan tidak terhitung adakah peristiwa-peristiwa itu bisa berlaku dalam temph masa setahun ini. Dingin dan kaku. Terasa hari berlalu lambat. Tidak sabar menunggu bulan seterusnya kerana ia bererti saya akan berpeluang  untuk pulang ke kampung lagi dan menikmati nasi lemak mak yang tersangat enak itu.

Saya memang dingin akhir-akhir ini. Barangkali hati turut menyertai perubahan cuaca. Huh? Satu hipotesis yang boleh diuji secara saintifiknya di negara-negara empat musim, tetapi di Malaysia, segalanya rahmat. Hujan ertinya baik untuk industri air mentah cuma kurang baik untuk pemilik kenderaan yang baru lepas dicuci. Melihatkan dinginnya saya ini, saya dapat rasakan betapa orang-orang di sekeliling saya tidak mahu bersua muka dengan saya... dan... betapa itu juga saya enggan bersua muka dengan mereka. Haih.... Namun, apakan daya... rumah persinggahan saya di KL ini sememangnya ramai orang. Mahu atau tidak terpaksa juga menghulur senyuman 'teh kurang manis satu!'. Ah, susahnya nak explain... yang kita perlukan masa sendirian, dan masa untuk berfikir dan merancang ke arah yang lebih baik.

Yang saya perlukan hanyalah masa sedikit. Boleh tak beri tanpa banyak soalan?

Comments

Popular Posts