First Up with Miss Sheikh!

Petaling Jaya, Khamis - Seorang pemandu yang kudung kakinya merempuh restoren yang terletak di bahu jalan  dan melanggar seorang anak muda yang sedang makan di situ. (Eh, cerita ini macam pernah kudengar...tapi di mana ya?) Berikutan itu, 6 pengawai polis beserta 3 buah kereta peronda bergegas ke tempat kejadian untuk meneruskan siasatan. Walaubagaimanapun, terjadi pergaduhan yang gagal (atau malas nak leraikan?) dileraikan antara saudara-mara mangsa (atau kawan-kawan?) dengan pemandu kereta Proton Saga tersebut. Ketika siren ambulans masih lagi kedengaran, pertengkaran dan tuduh-menuduh masih lagi giat dijalankan. Nampaknya pihak mangsa enggan menghentikan bicara. Keadaan masih terkawal sewaktu ambulans meninggalkan tempat kejadian.

Reporter terus balik rumah dan menceritakan kepada saya. So, ini berita sekunder tanpa penutup.

Ada aku kesah???


Pagi ini kelihatan beberapa orang pelanggan setia gerai roti canai atas jalan begitu berselera menikmati secawan teh tarik dan nasi lemak bungkus. Hey, kawan! Bukankah semalam orang hampir mati di restoren sebelah anda? atau anda belum membaca surat khabar hari ini? owh terlupa, anda hanya menonton Bloomberg TV di Blackberri anda dan pastinya berita ini tidak membawa sebarang impak kepada pasaran saham mahupun bon. Sekian.

Moral of the stori: Orang tidak akan pernah serik walaupun kejadian berlaku hanya barang sebentar, apatah lagi bukan diri sendiri yang terkena. Pesanan saya pagi ini, "Hoi, pagi-pagi sebelum breakfast, sila baca paper dulu!"


Comments

arissa myana said…
wahhhhhhhhh muna boleh jdiorg yg ketinggalan jika berterusan begini.

dok tengok headline je, bacanya jauh sket :p
huhuhu..xde muna.baca headline pun dah cukup.at least org bertanya,xde la terpinga-pinga...

Popular Posts