Rabun is bliss


Rabun is bliss. Saya teramat suka nampak kabur-kabur supaya tidak perlu bersusah payah membuat keputusan untuk senyum atau tidak, tegur atau tidak kerana banyak hubungan(relationship) saya dengan rerakan sepejabat yang amat komplicated. Mungkin lebih sesuai kita namakan sebagai counterparts rather than colleague. Ceritanya berasal dari sifat perhubungan kami yang hanya di hujung talian dan melalui tetingkap 'sama masa' (baca: Sametime). Sepanjang perbualan dan chatting tersebut, atas dasar terlalu biasa(hari-hari kot..), maka hubungan di dalam suasana tersebut menjadi kurang  formal dan sedikit mesra. Errrrr... (salah ikhtilat nih) Tetapi jika kami berjumpa, mungkin kami sendiri tidak tahu siapa di hujung talian empunya wajah, maka, boleh berbuat biasa dan tidak kenal. Masalah tiba bila kami sudah berkenalan(?) dan konfius untuk senyum atau tidak, memberi salam atau tidak atau sekadar mengangkat tangan tanda acknowledgement. Jangan ditanya bagaimana kami boleh kenal kerana hubungan dua department ini bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Juga banyak-banyak hal yang saya lebih suka nampak samar-samar dan kabur kerana itu lebih menjaga hati (kununnya...hohoho)


Sehingga masa memandu pun cermin mata saya sering tertinggal. Maka, memandulah saya dengan keadaan rabun dan mungkin juga dengan agak berbahaya. Cuma satu kelebihan rabun saya ini, saya dapat meneka tulisan di signboard dengan jayanya. Sehinggalah satu masa di dinihari, semasa orang lain sedang nyenyak tidur, kami sekleuarga baru habis bertemu mesra. Dalam kebingungan jalan-jalan di Kajang, saya cuba meredah jalan baru (macam hebat :P) untuk menjimatkan masa dan tol, dan dengan menggunakan mata yang rabun ini, saya mencuba untuk melihat sign board mencari jalan pulang. Ternyata kedegilan dan perasan bagus saya berakhir dengan membayar lebih dan jalan yang lebih jauh. BRAVO Miss Sheikh!!!

Cuba bayangkan jika saya memakai cermin mata ketika itu. Maka insyAllah signboard itu lebih jelas kelihatan walaupun dari kejauhan dan saya lebih peka dengan keadaan sekeliling yang memberi input pada pemanduan saya.Namun, nasi sudah menjadi bubur... Alhamdulillah masih sempat sampai rumah sebelum kantuk menerjah tanpa belas kasihan.

Begitulah ketikanya hidayah Allah itu menyapa - kebenaran itu ada di depan mata. Kita IGNORE. Kita katakan kita masih okay dengan kehidupan 'rabun' ini kerana tidak perlu bersusah payah untuk beringat sendiri. Beringat tentang Allah, tentang syurga dan neraka, baik dan buruk, halal dan haram, malah beringat untuk berusaha. Hidup licin sahaja tanpa banyak kira-kira iman naik turun. Pasaran saham EEMAN kita abaikan, kondisi market pahala dosa yang volatile dan check rate amal yg paling tinggi. Timing is crucial.Kita nak tunggu sehari dua lagi? Kalau dalam investment tu, rugi banyak dah tu. Nak kata tunggu pasaran saham naik dan semua berbondong-bondong membeli?(i.e. mcm fathul Mekah) Sepatutnya kita beli saham waktu harga tengah jatuh, sebab harga sure akan naik juga. macam itulah kita.Buatlah dakwah ini ketika semua orang nampak Islam ni di bawah- lemah, jatuh dan terhina. Then, bila naik pasti kita tersenyum lebar, walaupun ketika itu kita sudah berada di bawah tanah.

Semua signboard tu amaran untuk kita, walaupun kita perasan yang hidup kita dah rukun damai dan sihat sejahtera, manalah tahu ada lubang di jalan, ada introduce jalan baru yang lebih dekat, takkan kita nak rugi kan? Dan senyum pada insan yang berlalu di tepi kita walaupun kita tak kenal, xde la memalukan sangat [plus dia pun sure gembira kerana anda telah menggembirakan hatinya dengan senyuman penuh gaya.InsyaAllah]

So, JOM ramai-ramai PAKAI CERMIN MATA ISLAM!!!! Tak ye pon kita tambah shades Dakwah, biar cool sket. Semuanya dari kaca mata D & T...Huhuhu.... 

Indahnya hidup ini~

Bahagia mode......

Comments

Popular Posts