Bukan insan pilihan


Perbualan dalam kereta adalah kegemaran saya kerana situasi yang private dan tak boleh nak lari ke mana-mana. Di hujung perbualan saya dengan seorang teman sewaktu pulang dari Serendah, saya berkata kepadanya, " Bestlah dapat borak ngan awak ni. Banyak benda yang saya tak tahu sebelum ni.."

Dia pun menjawab dengan penuh selamba,"A'ah, best jugak kenal kak. Sebab kak ni pelik.."

Owh,adik..Takkan baca paper from sports news itu sangat pelik untuk seorang perempuan?

Pelik? Aneh? Unik? Asing? Ghuraba'?

Hohoho...diriku yang pelik ini bukanlah orang pilihan. Tercari-cari apakah yang menyebabkan saya sering dilupakan.(Apekah?) Jika para murabbi sibuk mencari murabbiyah pilihan untuk dieksport ke mana-mana, saya bukanlah pilihan. Jika saringan pelumba negara ..bukan...saringan faci bertahap jagoan Myteam, bukanlah nama saya yang muncul. Sejak di awal perkenalan dengan D&T, saya bukanlah orang pilihan. Bukan mad'u target!

Saya tidak sedih cuma....

Sedih juga kadang-kadang sebab rasa diri ini hanya biasa-biasa (sebab di arena akademik persekolahan dulu, saya adalah juaranya walaupun tidaklah bijak sangat). Maka, setelah terbiasa menjadi orang pilihan, kini terpaksa menerima hakikat menjadi orang-orang biasa ini perit jugak.

Tapi, adik itu berkata lagi, "Bukankah kita pilihan Allah sebab kita masih lagi berada di sini?"

Itu sangat benar. Oleh sebab kita pilihan Allah, maka kita masih di sini. Di kala ramai jagoan hebat di negara-negara luar sana hebat di sana, kita yang cabuk ni jugak Allah pilih mewarnai dakwah di Malaysia. Walaupun unsur kita tidak hebat, gaya bahasa kita biasa-biasa sahaja, tetapi Allah mengizinkan kita berada di sini-mengutip pahala, merasai kemanisan jalan ini.

Tidakkah anda bersyukur?

Di antara ramai-ramai, Anda yang terpilih!
Tetapi pesanan seorang ukhti ini(yang bertaraf Super Saiya tahap ke-tujuh) lebih menarah hati.  ZAPPPP!!!!!!!!!!!!! Terus berdarah memancut-mancut keluar dari sekeping hati yang bewarna merah. Dia berkata, lebih baik jadi macam saya ni, terkejar-kejar ke sana sini, men'carpap' di sekalian program, mengunjungi negeri-negeri atas angin tanpa jemputan. Kerana saya berbuat kerana saya ingin berbuat, saya berusaha kerana saya ingin berusaha - bukan atas dasar pilihan orang, bukan atas dasar arahan dan juga bukan atas dasar jemputan. Tidak dapat saya nafikan kemunculan saya di tempat tersebut lebih tenang dan santai. Lebih menerujakan kerana skrip perjalanan sayalah yang menulisnya -bukan orang lain. Baiklah.

Dalam erti kata lain, perasaan kita lebih terjaga. Niat kita only ONE - keranaNya. Sebab bab-bab hati ini sangat sensitif, sangat mudah pecah(baca: fragile) dan sangat mudah cair? Mudah terpesong. Ya Allah! kuatkan aku untuk terus mengapai redhaMu.


"Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syorga 'Adn yang kekal mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya." [Al-Bayyinah:8]

Everyone is unique, so if everyone is unique,then there is no uniqueness in the world. Erk?

Comments

Popular Posts