The split second of akad nikah

Sah! That's the second that split between halal and haram. Between suci and kotor. Between pahala and dosa. Between syurga and neraka. Between kehidupan and kematian. Between bahagia and sengsara.

Ternyata untuk peristiwa sesaat itu, keadaannya yang tenang, penuh warna dan berseri-seri itu terubah dengan satu lafaz oleh kedua-dua orang penting iaitu ayahanda pengantin perempuan dan pengantin lelaki.

Mengimbas suasana sebelum akad nikah tersebut yang penuh dengan kekecohan dan drama. Sang ayahanda sudah kelihatan melurus keningnya menahan marah dek pengantin perempuan yang lambat tiba di masjid. Pengantin lelaki pula sudah beberapa kali menghubungi kami kerana sampinnya ada di rumah pengantin perempuan. Set dipan-dipan lembut jugak tiba lewat. Kecoh.

"Adik, mana rantai kak?"

"Kenapa sampin tu x bagi lagi dekat abang?"

"Abah dah lama tunggu...Tengok tu abah dah marah"

"Ibu mana? Takkan tak sampai lagi?"

"Kenapa lambat sangat? Kan kata lepas Isyak."

Yup! Lepas Isyak sang ayahanda sememangnya benar-benar setelah selesai solat Isyak. Dirinya yang sememangnya  Bilal masjid sudah siap menunggu dengan memakai baju hijau pucuk pisang. Wajahnya bersih dan tenang, cuma sedikit merah menahan kemarahan terhadap anaknya yang lewat tiba. Si abang siap dengan kamera mengambil gambar di sudut-sudut yag patut. Adik perempuan pula merangkap pengantin kedua yang sudah menikah dahulu memberi sedikit sebanyak nasihat yang patut. Mak andam begitu serius menjaga wajah dan penampilan pengantin perempuan sehingga semua yang dibuat serba tak kena.

"Jangan tekap muka tue kerap sangat."

" Ganti tisu tue..Nanti rosak make-up."

"Cantik dah tue...x yah nak tambah bulu mata lagi..jadi macam unta dah ni.." Bisik saya dalam hati. Tetapi mak andam penuh selamba menambah sepasang bulu mata palsu itu. Owh, beratnya mata dia!!!

Tabarruj?

Suasana diam seketika tatkala tok kadi mengambil posisinya. Seperti biasa, wajahnya tenang.Kelihatan muka-muka kukenali sebagai orang-orang besar Muadzam - Ustaz Dawud Warnsby Ali, Imam Malique, dan beberapa orang yang tidak kuingat namanya. Seolah menyaksikan satu teater hidup di depan mata, kali ini hati menjadi khusyuk mendengar khutbah nikah. Bait-bait khutbah itu mudah dan memudahkan, tetapi realitinya berat, seberat memikul tanggung jawab orang berkeluarga. Sekali lagi jiwa terusik bila pengantin perempuan menggenggam erat tanganku. Menjadi pengapit terjun ini kadang-kadang menerujakan juga. Hohohoho....

"Miss Sheikh, kenapa tak rasa apa-apa ni?"

Errrr...nak rasa apa.... saya pun tidak pernah bernikah sebelum ini... Last-last ini saja yang mampu saya ucapkan....

"Hurm... tak pe.Kita dengar je dulu..."

Hakikatnya saya sendiri tidak pasti perasaan yag bagaimanakah harus dirasa. Yang saya tahu, saya merasa bahagia berada disitu......

Perasaan itu best. Hanya bisa dinikmati oleh manusia yang merasainya sahaja.

Bukan saya yang bernikah tetapi cukup dengan duduk di sebelah pengantin perempuan sudah membuat saya teruja. Sememangnya perjalanan malam itu tidak dirancang. Bertemankan adik yang sedia menjadi pemandu kakaknya yang rabun malam, majlis akad nikah teman baik sekolah rendah saya hadiri tanpa dirancang lebih awal. Ini disebabkan oleh saya terpaksa menghadiri satu program di KL yang menyebabkan kehadiran saya di majlis perkahwinannya tidak dapat dipenuhi.

Kembali kepada 'that split second' yang begitu indah itu. Seolahnya anda berada di situ ketika dahulu. Di saat anda berada dalam kecelaruan yang amat. Sepertinya kekecohan sebeum majlis akad nikah tersebut. Masing-masing sibuk dalam pelbagai urusan dan saling marah-memarahi. Kalut,bising dan kelam kabut. Begitulah kehidupan anda sebelum itu. Anda tidak pasti perasaan apakah yang anda rasakan, anda keliru apakah yag anda fikirkan dan ke manakah anda ingin tuju. Anda bingung!

Namun, datang satu ketika anda duduk seketika, bersedia untuk satu perubahan yang besar. Bersedia untuk hakikat peristiwa yang sebentar namun kesannya amatlah 'huge'. That split second - setelah anda mengetahui tujuan hidup anda, anda sedar ke mana anda ingin tuju dan anda beredia untuk itu. Anda terlalu hampir dengan garis pemisahan itu. Garis yang memisahkan diri anda daripada hitam kepada putih,bersih,suci dan aman. Garis pemisah iman dan kufur. Garis pemisah Islam dan jahiliyyah. Mungkin tidak semua bersedia untuk 'that split second' menyebabkan kita gagal merasai keindahannya. Malah mungkin, kita tidak pun mahu melepasi 'that split second' kerana kita bimbang dengan kehidupan selepas garis itu.
Betapa takutnya kita, atau tidak pastinya kita terhadap apa yang akan terjadi selepas garis itu, yakinlah dengan Allah,kerana sesungguhnya sesuatu yang bersih dan suci itu menjanjikan ketenangan yang abadi.



Kesucian sebuah perkahwinan datang dengan niat yang benar dan persediaan yag rapi

Jangan salah sangka: saya bukan mempromosikan akad nikah tetapi mengajak anda untuk 'BERUBAH'. Berubah memasuki garis pemisah itu. Berubah dengan erti kata meninggalkan terus lembah hitam itu dan memasuki taman-taman yang penuh dengan bunga-bunga berwara warni dan harum mewangi.  Untuk anda, saya ucapkan ......
Selamat Datang!!!
p/s: First time merasa bahagia di majlis perkahwinan :)

Comments

arissa myana said…
when is ur 'split second'pula kak..? hehee ^^,

nice entry.baca pun dah tahu, rasa bahagia kak tu ;) hehe
when? kat syorga nnt..insyAllah :)

jom sama2 berbahagia~

Popular Posts