bila nakal...

Seronok kan zaman kanak-kanak dahulu sebab bila nakal mak marah, tapi marah-marah sayang. Abah pun marah tapi taklah sampai merah telinganya.
Jom main hujan!!!

Masih ingat waktu kecil dahulu sangat sukakan air- tidak kiralah apa jua laut atau sungai yang ditemui, pasti nak mandi manda sanmpai kecut-kecut jari jemari. Tambahan pula rumak atuk dengan dengan laut dan rumah nenek dekat dengan sungai, maknanya bila time balik kampung sememangnya HEAVEN!!!
Walaupun Pantai Air Leleh tidaklah secantik ini,tapi pasirnya masih putih menawan.
Berkejar-kejaran nak mandi sungai sambil kutip buah kundang yang berbiji warna ungu itu. Malah, kalau di rumah atuk pula, pasti akan buat-buat baik(plus manja) supaya atuk bawak traktor dia untuk angkut kami segerombolan ke pantai yang hanya beberapa kilometer dari rumah arwah atuk. Of course la, bila dah ada dalam air masin, berulamkan timun yang enak, tiada orang yang nak naik ke pantai. Semua buat-buat liat dan tak dengar abah panggil naik. Masing-masing buat-buat nakal, pergi mandi jauh-jauh dari pantai (yang buat abah risau sangat) dan menyelam tenggelam timbul tanpa henti. Abah pun guna taktik biasa, sambil membawa kayu yang nipis, menuju ke gigi air. Kami pun apa lagi, mencicir lari ke pantai(taknak kena rotan) dan naik traktor atuk. Itulah antara kenangan best yang bermain-main ketika jauh dari kampung. Pantai Air Leleh dan kami tidak dapat dipisahkan. Naik traktor ertinya tak perlu bilas badan dulu. Tolong atuk kutip kelapa, lepas tu dapat minum air kelapa muda dan baru mandi beramai-ramai di bilik air luar yang hanya berdindingkan papan nipis,berlantaikan pasir dan berbumbungkan langit. Petang-petang Tok Kurus pula menunjukkan skill membakar biji gajus dan kami berusaha mengetuk untuk mendapatkan isinya. Biasanya,atas kekurangan pengalaman, biji gajus kami hancur dan langsung tak boleh makan. Tapi, Tok Kurus memang mantap, cantik biji gajus yang diketuk seperti yang dijual di kedai runcit. Kenangan dengan Arwah Tok dan Tok Kurus memang nostalgia berabes!
Inilah buah gajus.Gambar ini untuk orang bandar yang tidak pernah ketemu buah gajus.

Nakal-nakal masa kecil dulu adalah keseronokan abadi =)

Walaupun mak abah strict sebagai ibu bapa berdedikasi, tetapi mereka tegas dengan kasih sayang. Masih ingat ketika emak hanya tinggal seorang mendidik kami kerana abah melanjutkan pelajaran di UKM, banyak kali kenakalan kami menguji mak. Kami suka mandi hujan walaupun petir memancar-mancar, kami suka meluncur di lopak air walaupun tahu baju akan kotor tak tertahan, dan kerana mandi hujan dan tidak sempat balik sebelum mak tiba di rumah, kami terpaksa berkomplot mandi lama-lama di bilik air supaya tidak dirotan mak.(rotan lagi...)
Shhhh...jangan cakap kat mak kiter nak mandi ujan tau!

Persoalannya kenapa kami masih nakal? Seronok kan jadi nakal ni. Sebab kami nakal? Kami mahukan perhatian!!!

PERHATIAN!!!

Saya beberapa hari lepas ingin membuat nakal. Teringin benar pulang ke kampung ketika seharusnya menghadiri satu konferens orang-orang bijak. Saya memang rindukan adik saya yang kacak di rumah tetapi bukan itulah niat saya untuk pulang ke rumah. Saya ingin meminta PERHATIAN cik puan Naqibah saya yang saya ada sesuatu yang saya tidak berpuas hati dengan. Yup! Konferens ini selalunya dry, orang tak serius dan kadang-kadang kosong... walaupun orang-orang yang datang bijak tapi tidak disiplin!

Sepanjang malam saya memikirkannya.Sepanjang itu juga saya meluahkan kepada teman serumah yang bisa memahaminya. Pagi-pagi Sabtu saya bangun malas, belum menyiapkan baju untuk ke sana. Sempat lagi ber'breakfast' dengan riang gembira bersama Cik Y.Manza, sempat lagi berbual mesra supaya masa dihabiskan sebelum bertolak pergi. Saya bukan malas, tetapi sengaja nakal. Seorang teman saya(termasuk kumpulan orang-orang bijak) ada mengingatkan saya supaya beristighfar banyak. Sedikit keliru di situ. Owh, terlupa pula, ini semua mainan syaitan kan? Tapi, saya fully aware tentang tindakan saya. Saya lambat bergerak ke konferens semata-mata mahu menunujukkan kenakalan saya. (FYI, saya tidak pernah lewat untuk apa-apa majlis sebelum ini, kecuali ke Casa Impian Subang yang hectic+jam super duper) Maka, tiba lewat itu adalah satu kenakalan yang jelas bukan? Malangnya impian untuk nakal tidak kesampaian kerana Konferens belum lagi bermula. Maka, tidak berjayalah usaha saya mahu masuk ke konferens yang sudah pun bermula, dan ketika itu semua orang pandang ke belakang melihat siapa yang masuk. Dush!Dush!Dush!

                                               
Nak nakal lagi? Saya suka tanya soalan walaupun tidak relevan. Saya suka tengok orang pening dan keliru supaya orang-orang ini berfikir dan terus berfikir. Saya suka tengok orang lain bila time cikgu mengajar kat depan sebab bila tengok orang lain tidur, saya akan terhibur melihat mereka begitu berusaha menahan kantuk dan pelbagai aksi sebegitu benar-benar menyegarkan mata saya juga. Saya gemar menghidupkan suasana yang muram dan suram dengan gelak ketawa walaupun saya tahu ketawa berlebihan itu ditegah rasul. Konklusinya, saya suka menajdi nakal kerana saya pedulikan apa saja kata orang, yang penting saya gumbira!
Kalau semua tidur macam ni saya tak kesah... Chomellll!
Setelah stress dengan semua yang tidur semasa pengisian, saya pun hampir-hampir mengangkat tangan dan ingin meluahkan rasa, tetapi tindakan bijak orang terbijak di situ menyelamatkan keadaan. Dia meminta kami berdiri dan bertukar tempat duduk. Caranya berkesan buat seketika. setelah itu, suasana kembali sunyi. Haih!!!!!!!!!! Saya geram dan rasa nak tiba-tiba bangun dan menyanyikan lagu Ikram Dinzly yang bersemangat itu.

Nmaun,resolusi dua hari konferens itu ternyata meriangkan. Hati saya benar-benar berbunga dan bercahaya. Kali ini saya boleh katakan warna saya dikelilingi dengan warna merah jambu, merah dan kuning sekuning bunga matahari. Ditambah pula dengan kehangatan ukhuwwah biru membiru di dalam hati. Ya,Allah..sesungguhnya perasaan ini sungguh indah dan mengujakan!!! 

p/s: Saya suka jadi nakal sekali sekala....takpe kan Kakak?

Comments

arissa myana said…
baru perasan... nakal rupanya ^^, hehee...

we have our different ways of making things interesting out of nothing. and above all, the way we perceive it matters most; whether it's gonna make us feel contented or not ;)

may Allah bless kak. tiba2 inspired utk jadi 'nakal' haha
huhu..adik... nasib baik diriku ini x-mamamu...
kdg-kdg nakal ni menarik...sekali sekala xper kot...hohohoh..mcm seronok plak mengajar org nakal...

Popular Posts