Apresiasi Hidup: Kenangan tercipta!

Sedikit planning, sedikit idea, sedikit semangat...

Hari cuti memang sangat-sangat dinanti-nantikan. Berbondong-bondong manusia akan memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk membeli belah, tidak kurang juga memilih untuk hanya duduk sahaja di rumah. Di dalam dunia penuh riang gembira, berlumba-lumba para murabbi merancang sesuatu untuk mutarabbinya yang jelita dan bergaya sungguh. Saya dan ansarullah juga punyai plan kami sendiri. mahu berbonding-bonding dan bermakan-makan di Damsyik yang lecur air liur dengan ayam panggang dan nasi arab yang istimewa itu.

Nasi arab edisi Jumbo Bravo!!! Memang ukhuwwah tahap tinggi if dapat makan camni...
Plan yang sebegitu menarik tidak mungkin akan dapat dilaksanakan tanpa rasa cemburu(koff..koff..koff...) dari ahlul lain yang mungkin jarang mendapat peluang untuk bererat mesra seperti kami. Sememangnya ditakdirkan Allah, plan tersebut terpaksa mengecualikan saya kerana terpaksa menghadiri retreat yang seperti trick-or-treat. Tidak apalah, apa sahaja untuk dakwah ini. (please be positive ya Miss Sheikh!)

Tetapi sebagai orang yang punya sedikit idea yang terlebih kreatif, kebenaran untuk hadir jam 10am pada hari Rabu tersebut sememangnya bagai pucuk dicita,ulam mendatang...bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Kepala ligat berpusing untuk membuat sesuatu yang istimewa yang dapat disiapkan by 9am, 26th Oct 2011. Sesuatu yang istimewa tidak perlu kompleks, mungkin sesuatu yang mudah dan murah...

Plannya begini:

  1. Qiyam jamaie diimamkan oleh Said bin Zubayr (bukan nama sebenar). Surah Taha terngiang-ngiang dari Subuh Selasa. Beliau sememangnya yang terbhaaaeek bacaannya! Smooth and silky, masuk ke hati dan pembulu darah dan menusuk kalbu...
  2. Solat Subuh di masjid kubah kuning bunga matahari.
  3. Hiking(?) at Bukit Gasing
  4. Breakfast special from Chef Baru Nak Pandai Masak(saya ler tuh) . Menu hari ini: Hot and Lipat (Perisa Onion and Cheese) dan Air Teh Ais "Perform"
Itukan plan...Cuba tengok apakah planat ini match dengan realiti hari tersebut. 


Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!!! It does not only matched but even better... Air mata berjujuran mengalir. Terharu. Terima kasih Allah.
Ukhuwwah itu selepas beriman (Maryam:19)

Walaupun semua ahlul ansar pulang lewat malam tu, gaya macam tidak boleh bangun langsung dek mula berbantal lengan dan beralaskan lantai selepas jam 1 pagi. 
Bila dah tido,dunia terhenti seketika...
Memang Allah nak bagi rehat lama sikit untuk memulihkan tenaga sebelum bekerja keras esok hari. Kami gagal bangun seperti yang dirancangkan tetapi masih sempat bersolat tahajud beberapa rakaat. Setelah itu, bergerak perlahan-lahan ke masjid dengan sedikit pasti yang saff perempuan hanya kami beberapa kerat ini. Tiba di masjid, Fuiyooo!!!!!!!!!!!! lengkap satu saff Muslimah yang rata-ratanya sudah bergelar Nenek. Mereka sudah tua tetapi semangat ke masjid walaupun sejuk pagi mencengkam tulang. Bravo Makciksss!

Solat Subuh berlalu dengan khusyuk(harapnya!) dan tawadhuk. Mengharapkan ada tazkirah..tapi hampa, tiada makanan ruh pagi ini. kami pun duduk lebih lama di masjid dengan membaca al-ma'thurat dan tidur(oppsss, kemengantukan melampau + masjid yang begitu kondusif dan tenang bangat menyumbang kepada langkah ini)

Sepulangnya kami di rumah, hati terus jatuh sebab kereta K.Sharapova sudah tiada. Sampai hati mereka pergi ke Bukit Gasing tanpa kami. Bukan lambat sangat pun kami ni, cuma lewat beberapa minit dari jam 7 pagi. Menyesal tidur terlebih...

Buka-buka je pintu, mereka masih di situ. Tenang beradu di tepi pintu. Setelah menggegaskan semua orang, Bukit Gasing menyambut kami dengan cerianya jam 7.40 pagi. Tenang,bercahaya,penuh semangat - begitulah kelihatan semua ahlul ansar walaupun masing-masing masih mahu tidur sahaja di rumah. 

Reshmonu ni jiran kami...anak-ananknya sangat comel!



Bukit Gasing begitu syok melayan kami dengan air sungai yang malu-malu mengalir dan tinggi rendah perjalanan yang menambahkan tasbih Allahuakbar dan Subhanallah kami menaiki dan menuruni curam beluram. Dan di akhir rancangan,  fanomena alam yang sungguh-sungguh mengagumkan. Satu video klip tercipta di situ.

Berikutan tidak memiliki Audi R8, saya lewat 10 minit dari jam 10am di tempat yang dijanjikan, atas alasan, saya gagal menjumpai lorong 13. Itulah, nak salahkan kontraktor buat jalan or orang yang buat pelan? Yang pasti, saya pulang dari retreat tersebut dengan perasaan yang berat, otak yang serabut dan perasaan yang memenuhkan dada. Alhamdulillah Puan Noddy ada bersama meleraikan kekusutan. Walau seperti dilanda badai, kita sebenarnya masih mampu tersenyum dan positif ada cahaya di luar sana.

Apa-apa pun, terima kasih Allah atas pengalaman yang begitu indah ini. Alhamdulillah!

p/s: Saya memilih untuk terus gembira dalam kepayahan dan sentiasa tersenyum walaupun membuat kerja yang super duper siriyes ini...


Comments

Popular Posts