Minuman Besh utk para murabbi yang sibuk!

Saya simpan sebagai koleksi untuk buka kedai minuman paling beshhh di bima sakti dalam masa 7 tahun lagi...

Minuman 1# : Fruit cocktail
Bahan-bahannya:
1 tin buah-buahan dalam tin
1 tin susu sejat
Sepaket ais

Cara-caranya:
MAsukkan buah-buahan dalam tin dan susu segar ke dalam bekas. Pastikan cukup besar untuk meletakkan sepaket ais. Dengan sedikit ganas, kacau ais dan bahan-bahan tadi sehingga ais mencair dan menyejukbekukan . Hasilnya? Mengiurkan tekak anda... sekali cuba, nak lagi berkali-kali!


Minuman 2# : Air bandung "perform"
Bahan-bahannya:
Sirap - 2/3 sudu
Separuh tin susu pekat manis lemak berkrim
Ais sepaket
Air bandung berlapis-lapis
Cara-caranya:
Campurkan sirap dan susu pekat secukup rasa.Warna mesti cantik dan rasa mesti perform i.e manis sikit dari biasa. Pastikan air itu adalah separuh dari juga. Separuh lagi, masukkan ais. kacau dengan kelajuan 50km/sejam. Biarkan 5 minit. Sedia untuk diminum!

Cara ini juga boleh di'apply' untuk minuman bersusu seperti teh ais, vico ais dan ovaltine ais.


Minuman 3# : Laici susu
Bahan-bahannya :
4 biji laici
Susu pekat manis secukup rasa
Ais bebeh!

Cara-caranya:
Campurkan sedikit susu(jangan buat manis sangat) dengan air dan laici. If nak sedap lagi, laici tu boleh di'extra'kan. Ais beberapa ketul. Simple tetapi sedap bangat!!! Kalau ada Blender yang bersih beserta sebiji tembikai yang manis, boleh buat tembikai susu pula.


Minuman 4# : Soda Herb!
Soda herb ni sangat2lah special!RM8 satu...
Bahan-bahannya :
Serai
Asam boi
Lemon
Daun Pudina
Laici
Ais kerim soda
Ais,ais,ais!

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan biarkan seketika sebelum meletakkan ais. Ais yang mencair akan menjadi air. So, better prepare sebelum stat usrah dan minum ketika 1 jam selepas itu. Take a break for 5  minutes. Minuman yang menyegarkan ini pasti akan membuka mata mereka yang kemengantukan yang teramat.


Minuman 5# : Limau Nipis Special

Bahan-bahannya :
Aiskrim vanilla
Aiskrim lime
Sagoo hijau
Limau nipis
Sedikit ais kerim soda -optional

Cara persembahan: Terpulang pada selera anda!
Cara-cara membuatnya: 
Campurkan 5 sudu aiskrim vanilla,2 sudu aiskrim lime (atau beli sahaja aiskrim vanilla bersalut limau) dan msukkan sagoo hijau. Kacau dan perahkan limau nipis sebiji dan masukkan air secukup rasa. Aiskrim soda ditambah mengikut citarasa. Selamat mencuba!


Antara banyak-banyak air, air HALO (Honey,Apple,Lemon and Orange) paling sedap. Suam dan menyegarkan tekak anda...Hoyeahhhhh!!


Comments

Popular Posts