Taklif: Yeah, kita mampu!

Sudah berkali saya katakan pada diri, buat sekadar mampu. MAMPU! Susah sangatkah nak menolak tanggungjawab yang diberikan. Sebenarnya memang susah sebab sewaktu kita dilahirkan, kita sudah pun berjanji setia memikul beban tugasan seorang manusia yakni sebagai abid dan khalifah. Tapi kan, Allah kata, Dia tidak akan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang mereka tidak mampu.(last ayah in surah al-baqarah). Maknanya, apa sahaja yang terpikul atas bahu kita ini sesuatu yang kita memang mampu kan?

Yes, we can!
 Ya, benar sekali! Of course kita mampu...
Errr..macam mana pulak kalau kita gagal melaksanakan sesuatu tugasan itu? Adakah sebab kita sebenarnya tidak mampu? Owh, saya sudah pening di sini. Sebenarnya kita ni mampu ke tidak? Sesuatu tugas yang TELAH terpikul atas bahu kita sememangnya sesuatu yang kita mampu untuk lakukan. Walaupun tugas itu sukar dan mencabar jiwa, kita memang boleh lakukan.(Berusaha habis-habisan untuk men'psycho' diri sendiri). Ini cerita saya, seorang senior executive di salah sebuah tempat kerja yang ber'air cond' di ibu negara.

 Beberapa waktu kebelakangan ini, saya berada begitu sibuk sehingga ke paras hidung. Lemas dalam kerja dan tanggungjawab yang tidak berkesudahan. Malah, saya terpaksa mengambil cuti untuk meluruskan fikiran saya dan menyusun kembali kerja-kerja saya. Saya katakan kepada boss yang saya sayangi itu, "Boss, kalau u nak I siapkan initiative ni, bagi I cuti. Memang tak boleh buat kalau duduk kat pejabat ni sebab day-to-day operation memang sangat banyak..." . Alhamdulillah, boss bagi cuti dan saya pun menyiapkan list untuk dihabiskan pada hari tersebut.

 Agak-agak, apa jadi pada hari tersebut?

 Memang tak siap la kan? Saya berusaha memulakan kerja di depan laptop seawal jam 7 pagi sehingga petang kerana malamnya ada temu janji dengan adik-adik casa. Hingga makan pun saya pilih yang paling mudah yakni biskut dan air coffee. Malangnya masa tetap tidak menyelebelahi saya. Kerja-kerja masih tertunggak dan tertangguh. Frust pun ada, marah pun ada. Di saat kecemburuan masa yang sangat-sangat itu, saya menempah lagi beberapa tanggungjawab yang berani dipikul kerana dakwah ini. InsyAllah kerana Allah dan rasul.

Seseorang mengatakan kepada saya, bahawasanya kita bukan sibuk tetapi tak reti urus masa. Millionaire yang amat saya hormati itu masih berkesempatan berjumpa dengan kami-menghabiskan masa beberapa jam untk kami. Diskusi dakwah dan bisnes. Ternyata saya amat gembira berjumpa dengannya, cuma, tanggungjawab baru yang termaktub baru-baru ini menambahkan lagi kekacauan hidup saya. Ingin sekali menjerit dan kata, "Hey, sudah-sudahlah tu. Saya tak mampu dah ni!" Hurm... Ingat ada orang kesah? Manusia ini luar biasa. Keupayaannya juga luar biasa. Kalau kita manja-manjakan, maka jadilah orang biasa-biasa aja. Saya katakan cita-cita saya untuk financially independant by the age of 31 i.e. in five years time. Dan sekarang saya menemui penemuan untuk mencapai perkara tersebut, hanya ia menambahkan lagi tanggungjawab saya. Biasalah bak kata omputih, " no pain, no gain' atau " no guts, no glory".

Cita-cita hanya tercapai bila mana kita sedia berkorban. Jika Syed Qutb menghidupkan perjuangan dengan darah kematiannya, apalah nak dibandingkan dengan kita yang keletihan saban malam? Kita belum mati lagi, maka, selagi itu ada kudrat untuk terus berusaha. Usaha sampai mati. Kita mampu. Katakan ya, walau apa jua kerja kita, please, please don't put any excuse for it.

Saya pernah mengutarakan untuk Puan Editor MJ menggantikan sahaja saya dengan seseorang yang lebih hebat penulisannya... Dengan sadisnya, dia terus memalingkan muka(teringat surah abasa) dan tidak mengendahkan saya seolah-olah perkataan tadi tidak pernah keluar dari mulut saya. That's we called 'silent treatment'. Jangan bimbang, saya tidak meletakkan sebarang perasa pun pada hati saya. Serius, saya tidak terasa! Cuma darah menyerbu muka menahan malu. Bagai dia nak kata, "Sibuk sangat ke sampai tak sempat nak menulis?" Ok, milionaire tu lagi sibuk nak dibandingkan saya ini, kerani cabuk sebuah institusi kewangan.

Sejak dari itu, saya cuba sahaja semampu saya untuk menyiapkan mengikut dateline. Walaupun sipi-sipi akhir, artikel itu, akhirnya siap juga. Terus terang saya katakan, saya ni naik Myvi je nak dibandingkan BMW Puan Editor, of course saya lembap-tekan minyak pun boleh gi 150km/h sahaja. Despite kelemahan saya yang selalu lembap dan tidak ada 'environmental awareness', kerja itu bisa disiapkan juga. Mungkin Allah nak uji kesabaran orang-orang yang laju ini bekerja dengan si kura-kura. Walaupun prinsip hidup bukanlah 'biar lambat asal selama't, nampaknya itulah kesimpulan yang dapat saya simpulkan dengan sikap saya itu. InsyAllah akan terus berusaha hingga ke helaan nafas yang terakhir. Walaupun terkapai-kapai mencari solusi terbaik, mencari diri yang hilang, mencari spirit yang merudum, kaki ini dilangkahi jua. Kerja tetap kerja. Ia harus disiapkan.
Hati dipenuhi iman lebih hebat dari ultraman Dyna.Pastinya!

Taklif itu bisa kita tanggung dengan keizinNya. Maka, apa lagi yang kamu risaukan?


Comments

arissa myana said…
salam kakak,

taklif tu apa eyh?

mmg manusia super saiya ni berikira dan bertindak jauh luar biasa daripada yang luar biasa eyh?

Allah huAkbar.
baiklah. berhenti untuk memerhati dan mengkagumi dari jauh. be there. (ini mcm psycho diri sndri juga)

akhirnya, smoga Allah bantu dn mudahkn urusan kak :)

bukan kita yang memilih takdir, tetapi takdir yang telah memilih kita. you're the chosen one kak :) chaiyoookkk! :D
salam adik...

lambat tidur :) siapkan master-jee ka?

taklif tu burden of duty dalam bahasa omputihnya, bahasa melayu baku: tanggunjawab, bahasa melayu saduran: amanah

mcm kita baca dlm al-ma'thurat tu: la yukalifullah... (Allah tidak akan membebani...) i.e boleh katakan beban jugak la.

x fhm part super saiya tu..jauh luar biasa dr luar biasa? kalau buat circle "biasa" maknanya org tu dah terkeluar dari bulatan biasa tu, dan terkeluar lagi dr bulatan luar biasa..adoi, dah pening.

cuma nak ckp, sekarang tanggungjawab dah bertambah, and tiada noktah untuk katakan cukuplah sampai di sini sahaja...

doakan kak ye adik! sama-sama doa...

haih..bila nak jumpa awak ni???

(macam sibuk sgt jer...huhuhu)
arissa myana said…
alhamdulillah :)

ehee dpt jgk jumpa
ok, iA dpt tngkap mksud taklif tu, asal mcm x prasan eyh? truk btul... tpi iA, jzkk kak :)

ohh dpt jgk tngkp bila buat circle yg 'biasa' tu bgaimana ia trkeluar dri the real circle dn apatah lgi circle yg extraordinary kn?

**,

smoga Allah mudahkn urusan kak
besar sbnrny lesson yg muna blajar dr org brani mnerima dn mmikul tngjwb.. sbb hakikatny, Allah yg mmilih, bukan manusia skeliling ^^"

smoga Allah jaga dn pandu hati2 kita :)

lebiu!

Popular Posts