Skip to main content

Bukan kerana itu,hanya cinta dan kasih sayang

Saya terjaga dari tidur di kala mimpi( atau mamai khayalan) bertanyakan diri saya, jika bukan kerana diri saya ini cantik, apa lagi yang menyebabkan kamu menerima saya? Owh, entah bagaimana konversasi ini masuk dalam fikiran saya...abaikan puncanya. Mungkin, ini kisah novel yang sedang saya karang di kepala, belum tertulis di mana-mana. Tetapi, persoalan itu benar-benar buat saya terfikir- jika saya ini gemuk, kurang cantik dari piawai model dan tidak punya bakat yang mengujakan, atas dasar apakah kamu akan menerima saya? 


Kerana cinta..cinta itu melengkapi segalanya...


Yes!!!


Apa yang yes ni? Apakah kegembiraan ini kerana kita semua akan pasti 'aku terima nikahnya'? Tidak bukan itu, tetapi ini menunjukkan betapa benarnya hakikat dakwah ini-dakwah kita adalah dakwah kasih sayang. 


Dakwah kasih sayang 


dan cinta...


Kerana itu akan melengkapi segalanya. Kita ini manusia dan sememangnya manusia itu tidak sempurna. Walaupun kita mencuba apa jua cara untuk melengkapi diri kita, masih terlalu banyak untuk disempurnakan. Anda yakin benar dengan suntikan botox dan pembedahan plastik itu akan membuatkan anda sempurna cantik? Muka simetri, dagu runcing, alis terbentuk, bibir mungil merah bak delima dan kaki panjang bak bunting padi itu memang cantik? Puas sudah jenama yahudi mendefinisikan apa itu cantik, puas sudah majalah mengeluarkan pelbagai isu untuk definisikan cantik; memilih manusia ditepek bedak dan gincu supaya itulah menjadi ikon yang dikenali dunia itulah ertinya cantik. Tetapi cuba tanya diri anda kembali, even ratu cantik dunia itu ada orang mengatakan, 'Owh, takde la cantik sangat. Lawa lagi Puan  Saodah hujung kampung tu.' Biasa kan dengar? 


Malahan, ada yang berkata begini, 'Yang cantik itu pada kebijaksanaan dia menjawab soalan-soalan, dia pandai bersosial dan bijak dalam mengurus diri dia...' Chop,chop,chop! Saya keliru di sini. Apa erti cantik di sini? Definisi cantik itu subjektif. Beauty is in the eye of the beholder. See! Nampak tak? Dunia ini sedang mencuba untuk mendefinisikan cantik itu dengan satu definisi yang sama, biasa diterima oleh semua orang, namun, usaha itu tetap gagal. Gagal kerana cantik itu terpulang pada hati, bukan mata yang memandang. Dan hati itu ditentukan oleh what it believes....


Bagaimana atuk kita masih lagi bersama dengan nenek kita dan gembira bersama nenek kita? Mungkin kerana tanggungjawab...dan yang semestinya kerana cinta. Itu yang buat mereka kekal. Dalam dakwah dan tarbiyah, memang banyak kekurangannya dan kelemahan, malah, dakwah ini bukan untuk orang yang hebat sahaja tetapi untuk semua. Saya pernah satu ketika berasa begitu 'down' sehinggakan membuat kesimpulan bahawa dakwah ini hanya untuk orang-orang hebat sahaja. Orang-orang lemah seperti saya ini hanya seperti melukut di tepi gantang. Hanya tahu menghirup nikmat dakwah dan tarbiyah ini dan tahu satu hari nanti akan terkeluar juga dari jalan ini. Namun, rahmat Allah itu Maha Besar, pandangan terhadap DnT ini berubah. Kini saya merasakan, semua orang ini ada sahaja kelebihannya walaupun kita lihat sebelum ini sebagai kelemahan. Hakikatnya Allah menjadikan kita ini berbeza-beza supaya kita ini saling melengkapi.


Sebenarnya, bagaimana manhaj yang diturunkan oleh Allah kepada kita melengkapi kehidupan manusia inilah sangat2 mengujakan saya. Kenapa? Sebab Islam yang Allah kurniakan ini tersangatlah lengkap dan melengkapi, ianya sempurna! Mengapa begitu sempurna? Adakah kerana hasilnya kemewahan yang dinikmati, atau meningkatnya pembangunan negara? Bukan, bukan, bukan..... Neracanya adalah kebahagiaan. Manusia sebenarnya mencari kebahagiaan, kebahagiaan yang hakiki. Dan kita tahu kebahagiaan itu datang dari hati bukan material. Namun, yahudi laknatullah telah mendefinisikan kebahagiaan itu dengan besarnya rumah,mewahnya percutian di atas kapal, mewahnya kereta, sempurnanya wajah, dan tentunya dengan banyaknya wang. Mungkin ini sebahagiaan plan dalam serangan pemikiran, mungkin juga sebahagiaannya juga adalah tinggalan orang-orang dahulu- orang-orang jahil. Dan kita sama ada terperangkap dalam perang pemikiran itu dan masih mengamalkan tinggalan nenek moyang manusia.Jadi, katakan Sayo-nara Jahiliah!!!


Kembali kepada cinta, bukan kecantikan itu membuatkan mereka menerima anda, tetapi cinta. Kasih sayang dakwah ini menyebabkan rakan kita paling kita nak elak di sekolah dulu menjadi rakan karib kita, orang yang ada personality clash dengan kita, sekarang yang paling kita nak rapat dnegan dia dengan taaruf level tinggi, dan mungkin juga dulu kita sibuk jaga tepi kain sendiri, namun kini, kerana dakwah ini, orang yang susah-susah kita nak sibuk2 supaya boleh kita bantu. Boleh kita katakan, orang yang paling kita benci itu, di dalam dakwah ini, kita mahu sayang...dan sayang itu melengkapi segalanya. Teruk macam manapun ikhwah akhawat kita itu, kita melihat dengan penuh kasih sayang, kelemahan dia, kita tutup dan kita sama-sama untuk improvekan. Jika dia susah, kita cuba tolong, jika dia terjatuh, kita sama-sama angkat walau apa pun kosnya. Kita tidak akan berkompromi...


Sehingga ada yang bertanya, kalau dalam DnT itu tidak merasakan kasih sayang itu, apa maknanya? Memang kasih sayang itu tidak perlu dicari, dikejari kerana ia adalah buah hasil dari keimanan. Iman itu yang harus dikejar dan disuburi. Sedar atau tidak, banyak lagi kisah-kisah keimanan yang kita masih kabur tentangnya, dan mungkin langsung tidak tahu. Pengetahuan harus disertai dengan kefahaman. Sebelum saya memahami konsep sebab-akibat, qadar-sebab- akibat, saya juga kecewa dengan Allah, hingga merasa kita tidak diberikan yang terbaik hanya kerana doa kita tidak dimakbulkan seperti yang kita harapkan. Namun, setelah mengetahuinya, kini saya lebih tenang menerima takdir Allah dan berusaha lebih giat lagi untuk usaha apa sahaja demi redhaNya. Usaha mengikut syariat dan keutamaan. Saya kini di ofis, begitu sibuk dengan urusan kerja yang melampau-lampau sehingga solat pun hampir di akhir waktu. Ketika itu saya merasa sangat-sangat sedih, mengapa hingga sampai lewat untuk solat? Adakah kerja saya siap jika solat lambat? Saya membuat perbandingan, jika saya solat on time, insyAllah Allah akan permudahkan kerja-kerja saya dan memberi saya kurang isu untuk diselesaikan. Tetapi, jika saya tidak menjaga hubungan saya dengan Allah, Allah boleh sahaja menambahkan kerja saya, merumitkan isu untuk saya settlekan, dan juga memanjangkan waktu kerja saya. Walaupun dengan saya solat awal itu menjadikan kerja saya masih banyak, saya memang tahu yang Allah nak saya berhadapan dengannya dan saya mampu berhadapan dengan perkara ini. Malahan, saya akan berusaha untuk memuntijkan kerja saya mengikut masa yang ditetapkan. Tidak akan bertangguh dan cuba untuk memahirkan diri dengan sistem dan prosedur supaya efficiency dalam pengurusan bertambah-tambah. Tiada keluhan sepatutnya di situ....


Hohohho....of course saya pernah mengeluh. Owh, tidak berimankah saya? Tidak! Saya ini manusia biasa (lihat surah Al-Maarij:19-23). 



In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Indeed, man has been created impatient (19) When affliction befalls him, he becomes fretful (20) And when good fortune falls to his lot he becomes stingy (21) But those people (are an exception) who are the performers of salat (22) Who are steadfast and ever constant in regard to their salat (23)



Dan fitrah manusia itu memang suka mengeluh,namun jangan buat kesimpulan dulu. Bukankah Allah menghadiahkan kita cara terbaik untuk meringankan bebanan yakni dengan berzikir, 'ala bizikrillahi tatmainul qulub' (surah Ar-Rad:28). Zikirlah sebanyak-banyaknya, bila marah, zikir, sebutkan sekuat pendengaran telinga kita. Percayalah, cara ini memang sangat-sangat berkesan!!! 


See!


Semuanya kembali pada hati itu. Hati itu menentukan kembali tindakan dan perasaan kita. Hati  itu menentukan kebahagiaan. Dan keperluan hati itu memang iman yang amiq. Bukan picisan sahaja. Kita kena berusaha meningkatkan iman dengan sebaik-baiknya. Itula kunci kebahagiaan. Bukan wang ringgit,bukan harta, dan bukan kecantikan itu. Segalanya akan nampak kaya, cantik, mewah dan berprestij sekiranya hati anda di neraca yang benar. Sekarang terpulang pada kita: mahu yang dapat dipegang dengan tangan tetapi palsu belaka atau intangible seperti kasih sayang dan cinta yang lebih benar kewujudannya? Tepuk dada, tanya hati....


Dan saya nak katakan ini..saya cinta kamu! :) FILLAH....

Comments

arissa myana said…
salam kakak syg :)

wahaaaiiii best ny post yg ni! Allah huAkbar, walillahil hamdh :)

ohh, ada sorg kwn yg mmg seteru. tiba2 jumpa atas 'jalan' ini, dan, entah kenapa... seteru, jadi sekutu! Allah, hopefully, itu buah imannya, smoga kekal smpai dipanggil menghadap Dia, dlm keadaan Dia pling redha ;)

humn.. ok, nk tidur smbil senyum dan berazam utk jadi among org2 best dlm pndangan Dia :D

may Allah bless u kak :D
salam adik syg,

insyAllah kita semua dpt jadi the best di pandangan Allah. semoga kasih syg kita juga berkekalan...

owh, kaka rindu banar sama kamu..mengapa begitu sibuk cik master ni...

Popular Posts