Janji

"Janji tau. Jangan bagitau abah..."

 Antara dialog yang biasa kita ucapkan kecil-kecil dulu. Mahu rahsia tersimpan antara kita adik beradik.

Janji. 

Membawa konotasi yang amat bermakna. Satu ucapan mudah yang bersaksikan kau dan aku, awak dan saya dan yang ketiga pastinya Allah.

Kali ini janji itu membuatkan saya remuk redam. Seolah perasaan yang sama dikecewakan oleh 'Orang-orang kaya' sewaktu di sekolah menengah dahulu. Perasaan itu berubah menjadi dendam hinggakan saya bersumpah untuk tidak lagi mencari orang-orang kaya untuk berkawan. Huh! Itu sumpah orang yang tidak matang. Hakikatnya, perancangan Allah itu lebih baik, dengan orang-orang kaya jugalah saya berkawan hingga ke hari ini. Jika bukan kaya harta, mereka kaya hati, insyAllah.

Seperti yang saya tulis pagi-pagi tadi, berkenaan janji untuk berpiknik, rupa-rupanya si kawan sudah ada plan lain. Ternyata plan itu lebih awla, dan tidak perlu saya nafikan perancangan kami yang sepele ini harus dikorbankan. Saya tidak kisah jika dakwah ini menuntut haknya dari kawan saya, cuma saya kecewa benar kerana janji itu hanya dipandang sepele juga. Atau mungkinkah kerana saya yang terlalu berharap? Atau kerana beliau begitu sibuk sekali urusan sehariannya hingga terlupa memberitahu saya, atau beliau juga mempunyai short term memory loss seperti saya, hingga hal janji ini dia terlupa. Seharusnya saya husnu ul dzan sahaja. Bukan isu penting pun piknik kami esok hari. Lagipun ini plan saya, maka saya owner nyer, mengapa pula dia masuk ke dalam gambaran? Tanpa dia pun piknik masih boleh diteruskan. 
Entah....mungkin saya terlalu memikirkannya kot.

 Maka, esok saya akan merawat hati sebelum terbang! InsyaALLAH berjumpa para malaikat di rumahNya esok. :) tak sabar!!!

Comments

arissa myana said…
salam kakak,

wahh bunyi nya berat, tpi yg rasa tu yg pikul bebannya...

dlm ap jua keadaan, smoga terus tabah. dn smoga Allah terus pegang dn jaga hati2 kita semua :)

salam rindu~
jzkk dik..

doakan kak sungguh2 ya. butuhkan kekuatan dariNya amat-amat!

Popular Posts