Sebab kita ni bukan malaikat

Saya kagumi mereka yang tetap teguh di jalan ini. Walau badai melanda, mereka masih di sini. Pernah saya bertanyakan adakah kerana mereka senyap tanpa mengempur medan yang yang menyebabkan mereka selesa di situ....walau apa pun alasannya, alhamdulillah masih di situ.


Meskipun begitu,masih ramai juga kakak-kakak yang amat sibuk dan bekerja tanpa henti di jalan ini. Kadang-kadang begitu sukar untuk berjumpa walaupun jarak rumah hanya sebatu dua. Seriously, saya kagum melihat keteguhan mereka, ketabahan dan semangat mereka untuk terus berjuang. Lebih lagi saya kagumi adalah mereka yang muda, masih hijau di jalan ini. Mereka sanggup berkorban masa dan tenaga, mengubah diri 180 degree hingga melihat mereka itu, bagaikan malu sendiri. Merekamini boleh saya katakan manusia yang luar biasa. Bukan mudah mencari manusia sebaik kualiti ini. Kehebatan anda amat-amat saay kagumi.
Dalam kekaguman itu, terusik hati saya di suatu petang. Incident dengan rakan baik, teman saya yang saya sayangi. Petang itu, selepas makan tengah hari berlaukkan ayam galway yang enak, kami berbual mesra. Meng'update' diri dan keadaann sekeliling. Dalam suasana hangat dan mesra itu.... Dia bersuara...

"Rindu la....dah lama dah tak..."
Dia berhenti di situ. Ditariknya nafasnya dalam-dalam.

Saya terkesima. Menanti dia menyambung...
"Lama dah tak... " masih tersenyap di situ. Saya meminta dia menyambung kata...
"Bagitahu la..mana saya nak tahu...awak rindu apa..apa yg dah lama tak??"
Dia senyap. Suasana berubah. Kelihatan air matanya mula mengalir di pipinya yang putih bersih itu.

"Susah la... "

Air matanya diseka dengan hujung baju kurungnya.

Berat. Sukar untuk saya memujuk. Saya memang tidak tahu meng'handle' situasi begini.


Jika cik un_ab, pasti dia akan tahu nak buat apa. Tepuk-tepuk manja atau hug ker...sy? Tak pastu nak buat apa...

Last-last saya hanya memaksa dia meluahkan rasa... Di akhir konversasi itu, dia mneyimpulkan rasa...

"Saya rasa lemah...sekarang ni."


Moga Allah beri ganjaran atas kesabaran kita


Maka, saya anjurkan untuk mengadakan sesuatu yang seronok pagi Rabu ini. Walaupun tidak ramai yang teruja, cukuplah ia sebagai kenangan saya dan dia. Itu mungkin lebih beharga untuk kami. Walaupun tidak dinafikan saya memang kecewa dengan sambutan yang diterima.

Jauh di sudut hati, terfikir adakah DnT ini mengajar kita untuk berhati batu- membiarkan perasaan mudah itu ketepi. Melantakkan perasaan yang sedih, sunyi dan kecewa itu ketepi. Atau sememangnya kita tidak akan mungkin merasa kecewa dan sedih kerana jalan ini tidak mengenal itu semua. Orang kata, jika iman kita kuat, kita tidak akan merasa sedih dan takut. Maka, iman kita lemah la ni dan orang yang lemah iman tidak akan bertahan lama di jalan ini. Adakah jalan ini benar-benar bukan untuk orang yang berhati mudah pecah seperti kami ini? Mereka yang teguh dan kuat ini, sepertinya bagai tiada apa yang merisaukan mereka, apatah lagi mehentikan mereka. Bagaikan mereka berjalan di ajakn yang lurus tanpa ada sebarang halangan.

Hati batu yang mudah pecah?


Terfikir juga, adakah tidak lojik untuk kita, setelah melalui jalan ini, berperasaan seperti manusia biasa? Emosi harus lain dan stable sentiasa, tidak pernah lemah dan kecewa? DnT ini tidak mengajar kita menjadi lemah, saya amat pasti tenang itu. Tetapi nampaknya, ia menuntut kita menjadi emotionless. Ke sebab kita ni perempuan?

Adakah...adakah...adakah...jalan ini benar-benar sebegini?

Sehinggakan saya merasa benar-benar terseksa untuk merasa apa...untuk berperasaan apa. Bila qadhaya, jiwa harus besar, melihat ke hadapan. Bilamerancang,harus sentiasa positif. Bilakah waktunya perasaan ini dilayan sebaiknya? Bilakah sebenarnya untuk merasa hangat kasih sayang itu, sekiranya rasa-rasa ini dibiar begitu sahaja? Terseksa untuk meneruskan langkah, tetapi kerana amanah, langkah diteruskan jua. Terus dan terus berjalan. Sehingga waktunya nyawa kita diambil Dia...

TIDAK...


jalan ini bukan begini. Kitalah mencorakkan menjadi sebegini.

Kita buang masa kita dari memperuntukkannya untuk menziarahi sahabat kita. Kita memilih prioriti untuk kita bersama siapa, di mana dan bila. Apabila masa dan tempat tidak sesuai, jika abaikan sahaja moment-moment gembira itu berlalu. Hey, bukankah kita masih banyak lagi kerja dari melayan jiwa yang mahukan sedikit rawatan.

Teman,rawatan jiwa itu dengan mengingati Allah. (zapp kejap)



Ya, saya tahu. Tapi bukankah kita ini manusia, bukan malaikat?

Kita masih perlukan sentuhan manusia. Kan?

Obat hati yang kelima-bersama-sama orang soleh....

Itulah jawapannya. Jika DnT ini mengajar kita menjadi pelakon terbaik, yang hanya warm di luar tetapi hatinya cold berabis supaya tidak akan terasa apa-apa, baiklah jika lupakan sahaja jalan ini. Jalan ini Allah jadikan untuk manusia dengan mengambil kira sifat-sifat manusia, kelemahan-kelemahannya, kekuatan-kekuatannya, fitrahnya dan sudah pastilah Allah mengurniakan kita kehidupan ini apabila Dia memang jadikan kita sesuai menghadapinya.


Sememangnya akan ada turun naik iman kita, akan ada rasa sedih dan kecewa, akan ada perasaan-perasaan lemah itu mengiringi perjuangan kita. Cuma tinggal untuk kita mencuba cara untuk mengubatnya, mencari penyelesaian dan mencari kembali apa yang hilang. Jika seluruh manusia ini meninggalkannya, marilah kita sendiri cuba menghidupkannya. Walaupun orang mengatakan kita gila untuk menggembirakan diri sendiri di jalan ini, orang mencemoh dan memandang enteng usaha kecil kita ini, kita tahu kita adalah hambaNya yang tersangat lemah; yang hanya perlu berusaha.

Being unique is not a choice, but you need to be creative to make it fun!
Kitalah yang harus mencuba untuk terus hidup dan menghidupkan suasana yang warm itu. Suasana yang gembira itu. Suasana yang seronok itu. Walaupun kadang-kadang kita menangis, kadang kita terluka dan tersadung di bendul kegagalan, semua itu bakal menjadi kenangan beharga untuk kita. Moga ia mengajar kita erti bahagia yang sebenar kerana tanpa mengetahui definisi kesakitan, kekecewaan dan penderitaan, mana mungkin kita tidak mengetahui erti sebenar perkara yang berlawanan.

Untuk kawan saya yang di atas itu, jom kita teruskan hidup, berbahagia, dan menghidupkan suasana gembira itu di mana sahaja kita berada. Kerana kamu, saya dan mungkin juga mereka tahu formulanya, tinggal kita untuk merealisasikan.


Dan saya amat yakin kita semua boleh!!!




Comments

Popular Posts