Dia...supermurabbi!

Lewat perjalanan saya di bumi Kiwi, saya menyedari bahawa diri ini semakin tua; semakin banyak yang dilupa. Saya senaraikan satu per satu hal yang sangat significant yang berlaku antara diri saya dan orang lain, owh, banyak pula yang saya lupa. Menyedari perkara ini begitu kronik, maka terasa keperluan yang amat untuk saya mencoret semua memori indah sebelum ter'delete' dari ingatan yang semakin tua.
Ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh tiba-tiba merasa terpanggil untuk membuat DnT di saat menejejak kaki di Malaysia, sedangkan di bumi UK dulu, kami senyap, enggan membuat kerja. Hurm.... Terpaksa saya korek kembali cerita lama, cerita yang berusia 4,5 tahun dahulu. Ia satu tempoh yang lama untuk digali dari kotak ingatan saya. Alhamdulillah, memori itu tersimpan kemas, cuma berhabuk, sehinggakan hampir lemas saya dalam pencarian itu. Kisah saya dan dia terukir kembali....dan saya tidak boleh berhenti tersenyum....dan mengalirkan air mata mengenangkan pengorbanan dan kecintaannya pada jalan ini...

Dia... Supermurabbi saya!!!

Dia cantik...dan palin baik dalam dunia!!!!

Saya tidak berapa pasti atas sebab apakah saya masih dan terus berada di sini. Apa yang saya pasti, 6 tahun dahulu, ada seorang insan yang tidak pernah berputus asa dengan kami (kenapa kami? Sebab kembar nama saya pon terlibat sekali dalam kancah enggan cum liat bergerak ni). Kami ini orang yang agak banyak songeh, kritikal? (honestly,saya bukan ler kritikal sgt..errr),logik, perlukan bukti dan 'sila tunjukkan jalan, kami x nampak'type of person. Daurah kami pergi, usrah kami komited, mukhayyam? InsyaAllah saya pergi juga tanpa gagal, jadi apa masalah kami dingin membeku di bumi Warwick?


Seikhlas hati, kami cuba, bukan tak cuba untuk membawa ISK itu kepada sisters (dan juga brothers... ye ker?) namun usaha itu tidak menampakkan hasil. Mereka seperti mengangguk2 kan kepala ketika mendengar, tetapi gagal terkesan di hati. Barangkali orang-orang di Warwick ini amat kritis(iyo ka?)orangnya menyebabkan mereka tidak 'lut' dengan pemaparan berita kejatuhan khalifah dan keadaan Islam ketika ini. Malah, mungkin langsung tidak teruja dengan kegemilangan Islam ketika zaman abbasiyah di mana kita memegang 2/3 dunia, menjadi Orde Dunia. Tidak itu fakta yang tidak berapa mengujakan. Barangkali juga terlalu biasa kerana mereka memang sudah tahu, atau kerana kerap sangat diberitahu. (walaupun saya sebenarnya sudah lupa kami pernah menyampaikan isk ini setelah menelaah+mendengar mp3 7 jam+menghafal sebijik2 lawak dan kata2 UQY). Ya, saya lupa lagi!


Belum kira lagi kegagalan ISK finale year saya yang menumpahkan bukan sedikit air mata saya yang mahal ini. Saya adakan entri baru untuk hal ini, insyaAllah.

Sebenarnya, itu saja kot yang pernah saya buat sepanjang 3 tahun bergelar daie separuh masa itu. Huhuhu...memang sadis mendapat saya sebagai mutarabbi. Astaghfirullah hal azim!

Murabbi saya yang cantik itu, tetap sabar dengan kami. Sabar dengan tahap kesupersaiyaan nya datang ke tempat kami saban minggu. Hey! Perbelanjaan dia, dia tanggung sendiri, dan 2 jam perjalan dengan kereta apiitu sangat mengambil masa final year nya sebagai medic student. Wow!!! Medic student? Finale year? Ok, final year dan setahun sebelum final year, is there any different?


Tiada alasan !!!


Ye ada! Masa final year, dia pregnant (kawin masa sebelum melangkah ke final year). Ada alasan lain untuk anda menghentikan dakwah? Tepuk dada, tanya iman.

Dengan segala kudrat yang ada, dia melangkah dengan pasti. Mencuba jaya apa jua cara untuk membina kami, mad'u yang super liat ini.masih teringat yang betapa saya ini begitu mengganggu penyusunan dan perancangan dia dengan mengajak housemate saya setiap kali ustah kami. Bukan itu sahaj, saya mencuri masa dia untuk memberi taujih dengan memasak dan makan bersama-samanya. Masih saya ingat, di kala masa yang dia ada semakin suntuk, dia meminta untuk berjumpa hanya kami berdua di bilik kembar nama saya. Dia meminta supaya 'make it simple' - x perlu masak atau apa. Nyata pertemuaan simple itu, banyak dan serius bahannya. Tidak dapat saya bayangkan perasaannya ketika plannya hancur barai dek kami yang tidak tahu prioriti dan suka makan ini.

Plan dia selepas usrah kali ini seperti kurang kemuntijannya.....

To be continued.....

Comments

Popular Posts