Seribu satu sebab untuk mencintai K


Saya mulakan dengan secebis bicara Encik Gabbana yang ditulis baik menggambarkan keadaan saya sekarang. Terima kasih encik.....


Saya sendiri secara jujur dan telusnya tidak henjoy pekerjaan saya yang sekarang ini. Bak kata omputih, saya tiada passion dengan apa yang saya perbuat sekarang ini. Tiada motivasi. Tiada penolak. Tiada pemberi semangat. Tiada. Nan ado. Nehi. 

Motivasi yang ada hanyalah duit yang dimasukkan pada setiap dua puluh enam haribulan itu. Paling-paling pon kerana mahu mengipas punggung dan menawan hati Puan Bos Besar dan Inche Bos Kecil. Kadangkala pernah juga terfikir, sebagai seorang Muslim, apatah lagi seorang yang tak tahu malu menggelar dirinya seorang dai'e, arakian saya perlu melihat pekerjaan saya sebagai satu amanah, suatu tanggungjawab.

Maka sewajarnya saya melaksanakan pekerjaan saya dengan sesungguh-sungguhnya. Dengan penuh dedikasi dan komitmen tahap Suria Perkasa Hitam. Sebaik-baiknya. Tetapi itu amat jarang-jarang menjadi suatu realiti. Indah surat khabar cap Utusan, Berita Harian dan Harian Metro daripada berita sebenar. Eh. 

Sungguh menyedihkan bukan..? Itulah hakikatnya alam pekerjaan ini. Sungguh beruntung mereka yang ada 'keghairahan' dengan pekerjaan mereka. Sumpah jeles dengan mereka yang setiap kali ingin ke tempat kerja, mata mereka menjadi bulat besar, bersinar-sinar dengan pengharapan positif pengalaman baru yang akan mereka tempuh di tempat kerja nanti. Dengan kata lain, mereka obses dengan pekerjaan mereka.


Saya juga tiada obses itu... Sebab saya bekerja juga bukan kerana wang yang diterima tiap 25th monthly itu. Cumanya.......alasan saya....1001 sebab untuk mencintai K.. mencintai KerJaya yang berjaya ini..




Alasannya mudah, kerana sudah terhutang budi, budi ditabur tidak dapat tidak harus dibalas. Kali ini setiap tahun akan digenapkan dan didarab dua. Hasilnya, amik kau 10 tahun!



Saya tersenyum dan akan terus tersenyum.


Bukankah indah setelah tamat pengajian tinggi di luar negara, kerja sudah tersedia dengan baiknya. Orang lain berhempas pulas menjinjit resume ke sana ke mari, tetapi anda atau lebih tepatnya saya, sudah pun mendapat kerja (Ok,setelah beberapa interview yang membingungkan)


Malah, lebih indah lagi gaji yang anda terima berangka 4 nombor itu sudah boleh dicukai dengan kadaran beberapa peratus. Banyak bukan walaupun tidak setanding syarikat minyak berwarna hijau unik itu. Yang pasti tepat jam 6pm 24hb setiap bulan, anda sudah dapat melihat(beserta merancang) dengan tepatnya jumlah gaji yang bakal anda terima. Masyuk!!!!!!


Status? Masuk-masuk sudah bergelar Senior.Senyum lagi. Saya sudah punyai beberapa subordinate untuk membantu melancarkan tugas-tugas harian saya.malah, saya dipanggil Cik Pengawai Kanan. Haih. Senyum lagi.


Saya juga amat disayangi En Bos yang Budiman yang tidak henti-henti menghempuk memberi kerja kepada saya supaya katanya, akhir tahun nanti, mudah untuk dia mempertahankan saya dengan projek-projek yang telah saya siapkan. Ya, saya sangat bersetuju dengan dirinya walaupun 'to-do-list' semakin memberat dan bahagian atasnya masih belum dapat dipotong. Terima kasih En Bos yang Budiman! Anda memang seorang yang baik hati dan berhati perut. Terima kasih sekali lagi. Senyum please!


Saya juga ada seorang bos besar yang sangat cantik bak burung garuda mengembangkan sayapnya. Ya, Cik Bos Besar saya juga punya perancangan menarik untuk saya. Dia memang selalu memberi semangat dan sering menaburkan janji-janji manis untuk saya bermimpi dan menjadi sepertinya. Hebat bukan? Senyum. Malangnya, motivasi hidup kami berbeza dan saya kurang boleh mengikut gerak langkah dan arahannya yang kadang-kadang hanya dia sahaja yang faham. Dia bijak, pandai dan cerdas. Saya tidak dapat men'catch-up' kelajuannya berlari.Oppss, sori Cik, baton terjatuh sebelum sempat saya menyambutnya. Benar-benar minta maaf. Seronok bukan menjadi buah hati pengarang jantung Cik Bos Besar? 


Senyum.




Apa lagi yang saya mahukan. Bukankah segala-galanya terlalu sempurna untuk seorang anak muda 25 tahun ini? Seharusnya saya bersyukur dengan kurniaan Allah ini dan berusaha berlipat ganda untuk membuktikan nikmat yang Allah bagi ini dieksplotasikan dengan sebaiknya.


Yeah, of course dengan kerja baru yang akan menanti dua tiga hari lagi, yahooooooooo!!! menghantar kepala untuk dipenggal untuk sekian kalinya. Sekian, terima kasih.








p/s: Kerja saya naturenya 'zero error'. You can't expect to do any mistakes cause that's your KPI - ZERO ERROR!!!Ok, bos! Namapun manusia, mana terlepas buat salah....haih


Comments

Popular Posts