Impiany

Impiannya BESAR.Jelas.dan pastinya berGaYa. I called it as 'Impiany'.
Semalam angin bisikan pada saya yang impian itu hampir terhasil.Tinggal 1% belum lengkap. Jika yang diimpikan itu adalah sebuah banglo bersaiz 50m x 90m, mungkin yang tinggal hanya sekeping atap yang tidak bersambung, atau mungkin 1% itu mewakili sebiji mentol lampu yang masih belum terpasang. Berkira-kira tentang 1%, tidak semua punya satu kefahaman kepada 1% ini. Mana mungkin kita bisa faham apakah erti 1% itu.Penilaian kita adalah sangat berbeza kerana minat dan kecenderungan kita adalah berbeza. Seringkali, angka-angka yang diberikan hanyalah angka semata.Tanpa makna, tanpa hakikat.

Saya biarkan angin itu berbicara lagi. Katanya, impian itu semakin pasti...


Dan semalam angin berbisik mesra lagi, "Bagaimana ingin melihat impian tercapai jika masih bermimpi di siang hari!"


Bedebuk!!! Sebiji penumbur terkena di pipi mulusku....

Comments

Popular Posts