eksperimen menjadi cendiakawan

Eksperimen hari semalam patut saya catat utk jadi pengajaran masa hadapan, dan mungkin juga kerana tidak mahu azabnya berulang. Walaupun sy ni bukanlah mudah membuat eksperimen terhadap diri sendiri,tapi kali ini, saya nekad.

Nekad.

Saya diberitahu(x pasti it's real or not) yang seorang murabbi ni hanya tidur bila dah betul-betul penat. Dia takkan tido seperti kita tido iaitu sharp jam 11 mata akan kuyu dan lerus melemparkan diri di atas toto yang senipis kulit bawang. Dan mungkin bila waktu-waktu tertentu,jam 10 sudah berdengkur sendirian di bilik.

Atas dasar mahu meniru(benda baik) dan ingin jadi seperti cendiakawan bijak pandai zaman Abbasiyah dan sebelumnya, saya juga membuat sedemikian.

Maka, dari pagi hingga ke malam,sy menggunakan masa sebaiknya dan terus menerus sehingga kerja2 tamat dan saya berasa sungguh penat dan mengantuk. Akhirnya tertidur di atas toto nipis berbantalkan lengan oppss berbantalkan bantal yang tidak kurang empuknya.

Jam 4.30 pagi saya dikejutkan dengan laungan lagu ------ dan sepantas kilat saya tutup... oppss saya ade UO jam 5 pagi.Lantas tidur sepicing lagi saya lupakan dan terus bergegas ke bilik dan solat tahajud sebelum bersiap sedia di depan laptop. Niat nak puasa, maka ade hidangan roti cecah bubur pulut hitam yang menjadi penyedap tekak. Bibit ke'weng2'an sudah terasa. Adik2 US dah lama mula, opsss... sy lmbt kah? Jam belum menunjukkan jam 5 pagi. Rupa-rupanya mereka bermula jam 4 pagi waktu Malaysia(ada day light saving yang aku terlupakan). Aduh, adik2 ku. Andai aku tahu pun mereka mula awal, x mungkin dpt join mereka lantaran tidur terlalu lewat.

Setelah selesai UO dan solat subuh, sy kalah dengan diri sendiri dan tertidur sejenak di tepi laptop... di sisi buku-buku dan meja. N dah pergi kerja seawal 6.45 pagi, masa tu sy masih lagi mamai.Mengantuk benar sehinggakan kena tidur lagi.Namun, saya gagahkan diri utk mandi dan terus menuju ke komuter.(sy terlambat..)

Gara-gara peniruan aksi yang tidak sepatutnya dilakukan di rumah, saya 'weng' sepanjang hari di pejabat.Namun, dek kesibukan tahap gaban di ofis, terkubur cita-cita untuk melabuhkan tirai mata walau sekejap cuma....

Apa-apa pun, eksperimen boleh dikatakan berjaya dengan sedikit anomalies yang tidak dapat diterangkan.

Comments

Popular Posts