McD n KFC melambai2,perut kata ya, iman kata NO!

Alhamdulillah semalam diuji lagi dengan kerja datang tanpa segan silu mengetuk pintu dan berziarah hingga jam 7.30 malam. Kendatipun teman sekerja sudah pulang awal dan saya masih terkial-kial menyiapkan report, bertambah bos juga tidak ambil peduli, alamatnya tanggung sendiri kelaparan yang amat ini.

Saya berpuasa semalam.

Dan saya mahu pulang memasak sup sayur + bihun di rumah.

Tapi, perancangan Allah sangat cantik, bukan sahaja sup sayur tidak dapat dimasak, malah makanan untuk berbuka puasa juga tidak dapat dibeli dek kesibukan kerja. Saya berbuka dengan tart nenas yang ternyata amat enak ketika perut lapar. Tart yang dipandang sepi tatkala hari-hari biasa, menjadi begitu sedap hingga ke biji yang ketiga akhir. Saya tertinggal dua biji lagi untuk teman yang sebenarnya pemilik tart tersebut.

Setelah report yang tidak berapa nak menjadi tu siap, saya bergegas menuju ke surau untuk solat maghrib dan kemudiannya mengambil kereta dan terus menuju ke rumah banglo di Seri Kembangan. Rumah itu special sebab orang-orang yang hadir juga special.

Semasa dalam perjalanan , perut sudah mula bergendang menyanyi lagu irama penuh asyik. Haih... pandang kiri, pandang kanan, warna-warna merah putih melambai-lambai untuk pandu lalu.

Lebih kurang 1km, warna-warna merah kuning pula memanggil-manggil untuk singgah sebentar.

Perut kata Ya, iman kata NO!

Saya lantas men'text' rakan unutk membeli maggi goreng dan memujuk perasaan supaya bersabar. Sabar itu indah... :)

Indah sangat sebab setibanya di destinasi pilihan, tersedia keropok lekor yang gemuk dengan kandungan ikan yang melimpah ruah dan nasi putih (panas-panas berasap) berlaukkan ayam kentang masak kicap.


Sekadar hiasan
Perancangan Allah memang channnteeekkkk berabis sebab indahnya perasaan dapat makan tu macam berada di atas awan dan dikelilingi bunga-bunga yang menawan dan berlatar belakangkan hijaunya daun. Seriusly INDAH~

Comments

arissa myana said…
wahhh... visualisation nyaaaaa..... mmg indah

oh lebih indah bila dpt bjmpa (akhirnya) though x lama waktu brsama.

haha

speechless kah kita pada ketika dan keadaan masing2?

mish u kak
speechless? adik, bahasa dirimu makin tidak ku fahami...


huhu

adakah kita berada di planet berbeza or tingkatan langit bahasa yang berbeza?

miss u adik...

Popular Posts