sebab dia punya kekasih seperti saya juga

alhamdulillah masih boleh bergerak cergas hari ini.sy tahu sy x patut buang masa update blog,tapi sy nak jugak.sy tercemas dgn peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling sy.harap ukt,akh tabah hati menghadapi apa sahaja yang mendatang. teringat rakan sekolah saya yang menghadapi saat-saat genting dlm hidupnya ttp masih boleh tersenyum dan menghadapi hidup seperti biasa kerana ....
dia punya kekasih seperti saya juga iaitu Allah

di kala hidupnya sudah sampai ke penghujung. dia mendapat tahu dia mengidap leukimia ketika pertengahan tahun 2003,tahun kami menduduki SPM. dia masih setia bersama-sama kami menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama kami,Glace pada saat-saat genting dalam hidupnya. dia berpura-pura sihat dan ceria sepanjang masa.bukan nak kata dia berpura-pura,but, of course dia sakit tetapi masih mampu hidup lively bersama-sama kami seakan-akan dia sihat. dia insist nak buka topeng muka sebab dia kata nak berkomunikasi lebih baik,but, kami tak bagi coz nnt dia senang dijangkiti dan akan jadi lebih sakit. baiknya dia menyebabkan semua orang suka. doa kami untuk dia tidak putus-putus. tetapi tanggal 14 februari iaitu beberapa hari sebelum SPm result keluar,dia sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya. n guess what her SPM result was superb!!! 10A's. cikgu mana tak bangga,dalam sakit2, hvn't attend any class for a yr, n yet, get such brilliant result. sy rasa tertipu dengan pengakuan dia yg she's getting better,sebenarnya dia menghitung hari-hari terakhir dalam hidupnya.n the fact dia nak bersama-sama kami pada waktu-waktu terakhir dalam hidupnya,itu yang buat saya lebih terharu.ingat lagi gambar terakhir saya ambil bersamanya ketika hari terakhir di SSP,ketika BBQ, YM belanja. ha... saya rasa terharu ni...

pesanan saya buat diri dan rakan-rakan,ujian kita terima baru sedikit, dan Allah menguji ikut kemampuan kita. di saat kita merasakan hidup kita seolah-olah gelap dan tiada sinar harapan, ketahuilah Allah sahaja yang mampu menunjuk jalan. dan TakdirNya adalah yang terbaik. la tahzan, innallaha ma'ana.
kuatkan hati,teguhkan jiwa. kita capai kejayaan bersama-sama. saya ada awak, dan awak ada saya.kita ada Allah =)
nota kaki: suka baca comment letter prof Rob Bryer.ada logik di sebalik 'fair value' . 'mirror,mirror on the wall, which is the fairest value of all?'... hurm...x tahulah sy...

Comments

Popular Posts