pendapat dia

dalam talk yang saya dengar baru-baru ini, saya tertarik dengan hujah yang dikeluarkan dengan Dr Kamal Helbawy. mungkin saya salah faham tetapi saya fikir, saya memang dah cuba faham betul-betul apa yang dia cuba sampaikan. dia memberi komen terhadap persoalan seorang insan yan bertanya bahawa, dia sering nampak dalam sesetengah talk yang menyelar tindakan orang lain yang juga ingin membawa islam.dia nampak perpecahan di situ.

*freedom of speech*
di sini Dr Kamal helbawy mengatakan kesepaduan umat Islam itu jauh lagi.ye, jauh lagi.... dan dia menambah bahawa bukanlah niat sesiapa untuk mengatakan salafi,sufism, etc itu salah, cuma kita ingin mengambil method dakwah rasullulah yang kita rasakan betul dan mengikut sirahnya. bukan mengatakan itu dan ini salah, malah dengan mangatakan orang lain bekerja dengan cara yang salah itu adalah perkara yang salah. janganlah menganggap prioriti setiap orang itu sama, lantas memaksa mereka mengikut cara dan method kita-sekalipun tanpa kita sedari, kita sedang memaksanya berbuat demikian. kita harus berlapang dada untuk setiap orang mengikut apa sahaja yang dia ingini-melalui prioriti dan kefahaman mereka. amatlah tidak adil sekiranya kita meminta mereka bersatu dengan kita dalam kerja-kerja yang kita jalankan dan rancangkan, malah kita objektifkan atas alasan untuk bersatu. saya berpendapat setiap orang yang faham akan kebenaran sudah pasti ingin menyampaikannya,malah perlu menyampaikan dengan cara yang paling dia senangi dan dia fahami-sekalipun cara tersebut bukanlah yang paling efisien(muntij). saya menghargai setiap effort yang orang lain lakukan dan saya cuba memahami setiap perspektif orang lain. sebab kita digerakkan dengan pandangan dan neraca berbeza sekalipun mempunyai niat yang sama.

tidak adil untuk meletakkan ketidakhadiran seseorang dan ketidaksokongan seseorang itu dengan ketidakinginan mereka untuk bersama-sama dalam menyampaikan risalah. sudah kita ketahui setiap manusia itu unik, dan sudah kita maklumi setiap kumpulan itu ada prioritinya sendiri.mengapa tidak kita menghormatinya daripada menghukum mereka dengan pelbagai persoalan-persoalan. apakah yang kita mahu sebenarnya? kita mahu al-haq itu dapat didengari oleh setiap orang dan satu hari nanti Islam itu tertegak dibumi ini. janganlah kerana aktiviti kita merosakan wadah,dan kerana wadah kita merosakkan jemaah, dan kerana jamaah akan merosakkan dakwah, dan kerana dakwah akan merosakkan islam.Islam itu prioriti kita.

teringat satu cerita yang diceritakan oleh ustaz nabil(expert in sign language-BSL) bahawa ada seorang muslim yang belajar bahasa isyarat semata-mata mahu membuktikan kepada seorang muallaf yang baru memeluk islam(deaf) bahawa solatnya salah. adalah merugikan islam kerana in the end muallaf itu turn away from islam. amat merugikan juga kerana usaha yang dilakukan oleh orang yang membawa muallaf itu juga terbazir begitu sahaja. malah ,ini membawa fitnah kepada Islam juga.

saya percaya bahawa apa yang dibawa oleh hati akan sampai ke hati juga.

muhasabah diri:
  • kerap kali memesan pada diri,
  • apakah tujuan kamu untuk semua ini?
  • adakah terpalit bisikan syaitan mahupun nafsu yang mahu lebih dari keredhaan Allah?
  • adakah niat kamu diperbaharui setiap masa?
  • adakah kamu sudah mentajarrudkan diri dari sebarang perkara jahiliyyah?
  • adakah kamu sudah berlapang dada dalam ukhuwwah? adakah sudah sampai ke tahap isar?
  • adakah kamu sudah men'prioritise'kan hidupmu hanya untuk islam?
dan kerap kalinya saya tersungkur dalam ego sendiri.kerapkalinya tersadung dalam dilema diri sendiri.tetapi saya akui inilah jalannya-ia bukan dibentang permaidani merah tetapi penuh liku-liku. dan dalam kepayahan itu pasti ada kemanisannya.dalam setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Comments

Popular Posts