anak abah

apabila paracetamol x membantu utk sy studi.inilah akibatnya.
pesan abah semalam, "anak abah ini pasti boleh buat.tinggal sikit saja lagi."
owh pastinya anak abah ini boleh buat.bukan begitukah selalunya? anak abah ini suka bertanya dan membebel dalam kereta ketika pulang dari sekolah.anak abah ini tidak suka bercakap dengan orang lain dahulunya-kini anak abah ini bercakap dengan siapa saja yang dia berjumpa. malah,dia sangat suka bercakap sampai satu hari dia sedar cakap-cakapnya buang masa, dan abah tahu, anak abah ini sudah sukar mahu bercakap dengan sesiapa pun.dia suka menangis dan harap orang faham tangisan dia. mak abah pun x faham, nak harap orang lain faham.pastinya tidak. satu hari anak abah ini menangis sampai bengkak mata.bangun paginya kepalanya sangat sakit sampai mahu hantuk kepala ke dinding saja.[baru faham apa yang adik zaki rasa]tetapi anak abah ini belajar dari situ, belajar yang air mata ini bukan tumpah dengan sengaja.bukan tiada makna,bukan tiada nilai. air mata ini mengajar dia utk bersedia dengan ujian lebih besar.kini dia nampak cahaya yang lebih terang.dia lebih bersedia menghadapi masa depan sekalipun peluangnya masih kabur.dia kini telah bangun dari kejatuhan semalam,dan dia kini telah pun sedar, kesilapannya sebelum ini. anak abah ini bukan sembarangan orang-dia kini tahu sepak terajang dunia.dia kini tahu menilai dengan neracanya sendiri.dia kini pasti arah tujuan hidupnya. dia tidak mahu menangis lagi-sekalipun dia akan menangis nanti,dia pasti ada orang yang sama-sama mengesat air matanya,yang meminjamkan bahu dan menghulurkan tisu-tisu untuknya. abah tahu betapa banyak bahu yang basah kerana air matanya? banyak... sekarang anak abah ini telah membuka satu lembaran hidup baru dalam hidupnya. dia sudah menjadi lebih kuat abah. dia kini mengutip pengalaman dahulu buat pedoman sekarang. dia sudah belajar bagaimana untuk meminta bantuan dari orang lain.dia sudah besar abah. mungkin satu hari nanti bila dia terpaksa pergi, harap abah takkan sedih melepasnya. sesungguhnya tanda kita menyayangi orang adalah dengan melepaskannya...

abah,anak abah ini sedang bergembira.sekalipun dia sedang diuji tiada henti.dia mendapat semangat dari segenap pelusuk dunia. dia mendapatnya dari setiap orang yang sudi memberi. malah, dia juga gembira memberi kasih sayangnya kepada yang sudi. maka, nanti, abah sambutlah dia dengan sebaik-baiknya.dia sudah tidak sabar memeluk mak abah....

sayang abah selalu.

anak abah

Comments

Popular Posts