dan pabila tergelincir lagi

saya merenung bintang-bintang yang bergemerlapan di langit yang clear malam ini. saya terasa tiada apa lagi yang membuat saya mampu bangun dan terus berjuang. segalanya sudah hancur musnah. seakan-akan tidak mampu untuk berdiri kembali. di bilik,buku-buku yang berserakan masih belum bersentuh.dalam hati ada rasa yang kurang enak.tetiba merasakan hidup ini kembali kucar.
Ya Allah,jangan biarkan aku tergelincir lagi. sudahlah cukup luka semalam. sudahlah cukup dosa yang lalu.hambaMu ini mahu kembali padaMu.mahu terus berjalan di atas jalanMu.sudah puas menangis kelmarin.sudah kering air mata semalam.sudahlah, saya mahu menyambut sahutanMu Ilahi.

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

(taken from http://satuperkongsian.wordpress.com/kenangan/)


saya mahu menjadi rijal kembali. kembalikan semangatmu wahai siti!!!bangkitlah dari mimpi semalam.bangkitlah dari angan-anganmu.sesungguhnya kita hidup di alam realiti,bukan mimpi lagi.

Comments

Popular Posts