membawa risalah

semalam saya berkesempatan bertemu dengan rakan sekelas nadiah.a german guy-quite cute.heheheh.xde kena mengena dengan cute ke tak. kami berjumpa sebab dia nak balik,SALAH!!!, kami berjumpa sebab dia NAK TAHU PASAL ISLAM. atas dasar itu, saya pun merelakan hati menemani kawan saya ini berjumpa pakcik itu. kalau difikir-fikirkan,biarkan saja dia mencari di tempat lain, jika dia betul-betul nak. sekali lagi fikir, apalah salahnya memberi sekuntum bunga andai tidak seluas taman untuk dia belajar tentang islam.

Nadiah memang sudah tidak senang duduk. anyway, pakcik ni dodgy la jugak. really want to see nadiah(saya berprovokasi bahawa pakcik ini menangguhkan flightnya untuk bertemu nadiah) Kami berfikir-fikir tentang persoalan yang akan dibawa oleh pakcik german ini. Berkaitan hijab adalah paling biasa-itu sangkaan kami. tentang women in islam since pakcik ni pun buat sociology.

pertemuan itu berlangsung di warwick art centre. kat tempat makan-makan kat atas tu. Ingatkan nak minum hot choc ke,tapi sampai-sampai je terus berborak. saya macam biasalah, menonton je persembahan di depan saya. kadang-kadang menjawab telefon. tapi, terasa pelik juga le,asyik duk senyum dari tadi,maka saya pun mengeluarkan suara emas yang tak berapa sedap ini dikala nadiah keputusan idea. pakcik ni takde la tanye pasal hijab ke pasal women in islam, but he ask about fasting, solat etc. bertanya-tanya pasal culture melayu. hurm, saya rasa pakcik ini memanglah dodgy. dengan mengabaikan part dodgy itu, saya mengeluarkan soalan-soalan biasa tentang negara dia,sistem pendidikan, tentang tempat-tempat menarik dan juga serba sedikit tentang agama di tempatnya.dia mengaku dia bukannya kristian orthodoks,dan sekarang in the state of mencari. bertitik tolak dari itu, kami bertukar-tukar pendapat tentang what's culture and what's religion.

tatkala waktu maghrib menyusul, saya sudah berfikir-fikir mahu menamatkan sahaja perbualan di situ. saya merasakan dia sememangnya tiada apa-apa yang specific untuk ditanya yang menjurus unutk dia memeluk islam, dan pertemuan ini hanya sekadar mahu bercakap-cakap dan bukanlah ilmiah yang saya sangkakan(skema jugak saya ni kan)

timbul idea untuk mebawa dia ke prayer hall kami yang super duper cantik itu. dan selepas ditanya, dia memang nak sangat menjenguk,tetapi tiada yang mengajak. kami pun beritahulah yang sesiapa pun boleh masuk selagi dia ade Warwick ID card. Maka, kami pun mengajak dia ke Prayer Hall. terfikir pulak, siapalah nak melayan dia. nasib baik nampak kawan kami, minta dia tengok-tengokkan. kami berjanji akan berjumpa selepas selesai solat maghrib.

solat manghrib selesai. ami menunggu di depan bro's entrance. pakcik itu masih belum muncul. saya sudah kesejukan yang amat menuuggu di luar. selepas 5 minit berlalu, pakcik itu pun keluar. rupa-rupanya ISOC brothers sibuk berbual-bual dengannya sampai mereka seolah-olah enggan melepaskannya. mereka kata pakcik ni balik awal sangat, if not boleh duduk lama lagi berbual-bual dan socialising.(ye lah tu). the best part is, brothers ajak dia solat sekali dan of course ajar dia wudhu'( dia sangat suka coz dia rasa dia di'purify' dan boleh lebih fokus) first time in my life I'm so proud of ISOC borthers(yang selama ni macam x reti bahasa,bila sisters nak masuk kitchen, diaorg sibuklah dekat pintu masuk tu kan). mantap melayan tetamu kami. kalau tahu awal-awal, kami tinggalkan saja dengan brothers. then, finally, kami pun nak balik. sediakan hadiah Quran untuk dia, dan dia pun sangat terharu. baca terus!!! terfikir juga siapa nak follow up dia kat german nnt,cuma itu tinggal dalam fikiran sebab tidak kenal sesiapa pun yang hebat di german. anyway, nadiah akan update dengan dia thru facebook or email,I guess so....( sebelum kami sampai ke conclusion). or else, since dia dah berkenalan dengan brothers,maybe mereka akan terus update dengan dia.

saya rasakan pertemuan ini adalah yang terbaik yang kami lakukan,walaupun orang boleh argue bahawa mengapa kami yang perempuan ini yang sibuk-sibuk membawa risalah,sedangkan banyak lagi brothers yang boleh tolong. ijtihad kami, dia yang mencari kami, kami sambut dengan baik. malah, saya sendiri berkata kepada nadiah, jika dan sekiranya pakcik ini ada hidden agenda, kita terus balik. nadiah sendiri bukanlah nak sangat berjumpa pakcik ni, sekalipun dia cute,tapi susah juga nak berkomunikasi sebab his english-is not that good.mungkin banyak perkara yang tidak difahami sekalipun dia mengangguk faham.

konklusi ini saya dan nadiah sepakati setelah melihat kembali rentetan peristiwa dan topik yang dibincangkan(which I'm not discussed in detail here) adalah pakcik ni minat nadiah sebenarnya. dia mungkin berminat dengan islam sebelum dia minta nadiah,but, all in all, dia memang sedang meminati seorang muslim girl yang menyebabkan dia bertanya kami itu ini yang kind of berkaitan dengan marriage dan dating in islam.(n i'm not the best person to explain all this thing since saya tak tahu dan mungkin tak ambil tahu sangat.InsyaAllah lepas ini akan lebih alert dengan hal-hal sebegini). selepas konklusi ini dicapai, kami setuju untuk membiarkan sahaja pakcik ini dengan pencarian dia. doa kami sekalipun dia menemui islam dengan perkahwinan, harap dia tetap istiqamah dan Allah memberikan hidayah dan rahmatNya untuk dia.

tugas kami untuk dia telah tamat. Khalas!!!

Comments

Popular Posts