menderma-it's about us!



kita bincang-bincang malam.malam yang hening lagi tenang.namun,jiwa bisa berkocak dan bergelora.owh,malam,bulan dan bintang,kamu semua bersaksi terhadap apa yg aku lakukan pada malam hari.[ayat yang x relevan]
perbincangan malam ini berkaitan derma[setelah hati panas membincangkan isu2 israel-palestin].sy pernah ingat seorg speaker menyatakan ttg derma ini.orang malaysia sgt concern ke mana duit mereka akan pergi.jika di masjid itu,masih ada yang berkira-kira utk menyumbang kerana mereka kata,"owh,nanti mereka akan kutip buat jamuan dan majlis makan-makan..." penting sgtkah ke mana duit itu pergi. zakat kita adalah untuk bersihkan diri kita.bersihkan dari sifat kikir(kedekut. kedekutkah kita?
cuba lihat situasi ini?
budak kecil: kakak,ni saya nak minta derma untuk bangunkah sekolah kami yang terbakar...
kakak muda: owh,sekolah terbakar.ada surat ke nak minta2 derma ni(konon nak bukti supaya tak tertipu)
budak kecil: ni ada surat dari pengetua sekolah
kakak muda: erm... surat ni ada sign pengetua.
budak kecil: dari kerajaan negeri pun ada kak..
kakak muda: owh,bagus2
budak kecil: kakak bolehlah sumbang RM5.dapat kalendar sekali.
kakak muda: ala dik,akak x bawa duitlah.nanti2 bila jumpe lagi,akak bagi ye.

situasi ini selalu berlaku.sedihkan?sedih utk budak kecil itu,dan sedih utk sikap kakak muda juga. first of all,ingat senang je nak minta sedeqah tu?nak rendahkan diri setahap itu?bukan mudah.sy ada experience ketika meminta derma utk palestine.puas kami pusing foleshill dan stoney stanton road tu,beberapa sahaja yang sudi terima. ada yang bagi £1 dan mcm halau kami keluar.mcm tuan kedai nak halau kita,kata "nah,seringgit.gi main jauh2."tetapi,ada pekerja gunting rambut yang sgt terkesan dgn rayuan palestine itu.dia keluarkan segala apa yang ada dlm kocek dia.subhanallah!!!memang sy tergamam.memandang rakan-rakan sy dgn senyuman ke telinga.masyaAllah.betapa bersungguhnya dia mahu menyumbang,sedangkan tuan kedai tu bagi sepound dua dan suruh kami keluar.alhamdulillah dapat sepound dua.tetapi,itilah yg saya ingin katakan,bkan berapa byk yang kita sumbangkan atau ke mana duit kita akan dilaburkan tetapi keikhlasan kita yang akan sampai kepada Allah.Allah ingatkan kita dalam ayat Quran ttg korban,bukan daging korban yang sampai pada Allah tetapi taqwa itu.
org kata,sy kumpul duit byk2 dan nak bagi kat charity.jika difikir-fikir balik,lagi byk yg kita nak sumbangkan,sebenarnya lagi susah. derma,memberi adalah satu benda yang perlu dilatih.rakyat malaysia mahupun muslim melaysia itu harus menukar pemikiran.pemikiran kita.masalahnya siapa yang mahu menukarnya?siapa yang mampu menukarkannya?
jika bukan kita siapa lagi?jika bukan sekarang bila lagi?

Comments

Popular Posts