jangan bunuh rama-rama 2

teringat belajar drama ketika berada di tingkatan 5.belajar KOMSAS dengan cikgu Meor.seronok buat drama ni.di mana kekreatifan pelbagai. kenapa pilih jgn bunuh rama-rama.sebab inilah satu-satunya drama yg saya tidak fahami sehingga sekarang.yang saya tahu,ada banyak watak Nur Atma..mewakili orang yang sama,membawa watak yang berbeza. hari ini sy pun nak guna konsep yang sama-dengan diolog ciptaan sy sendiri.

Nur Atma 1: Eh,cantiknya! Wah,it's so cute!
Nur Atma 2: Hebatnya ciptaan Allah. Atas dasar apakah kau menyatakan dia itu cantik,cute,gantang...
Nur Atma 1: Entahlah.Aku hanya tengok dan terus mengatakannya cantik,lawa,cute,indah....
Nur Atma 3: Kau salah. Tiada apa yang cantik di sini mahupun di sana. Kau terlalu lemah-mudah terpesona dengan dunia.
Nur Atma 2: Tak,bukan. Dia hanya mengagumi mereka.Tetapi dia lebih kagum kekuasaan yang Maha Satu.
Nur Atma 1: Kadang-kadang aku rasa puas dengan hidup ini. Lalu,aku senang di dalamnya.Namun,sejak akhir-akhir ini seperti ada sesuatu mengganggu ketenangan itu.
Nur Atma 2: Oh,adakah kau sudah lupa tanggungjawab kita? Mana mungkin kau boleh bersenang lenang melihat kejahilan dan kemaksiatan di mana-mana. Kemunduran,kemiskinan,ketidaksyukuran dan juga ketandusan bumi ini. Mana mungkin kau boleh berfikir untuk hidup tenang dengan diri kau sahaja.
Nur Atma 3: Tetapi apalah ertinya diri kita. Kita ini tidak punya apa-apa. Kita ini lemah.Tiada kuasa,tiada kudrat,tiada harta mahupun ilmu yang tinggi untuk membantu mereka di luar sana.
Nur Atma 2: Bantulah diri kita dulu,dlm masa yang sama kita bantu orang lain. Semangat untuk membantu orang lain akan membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Hidup kita akan lebih bermakna. Kita harus mencari kebenaran.Kita harus mencari hikmah itu di mana saja lubang ia keluar.
Nur Atma 1: Aku setuju. Apalah yang lebih bermakna dari nikmat yang dirasakan dengan membuat sesuatu dengan penuh tulus ikhlas.
Nur Atma 3: Tapi...
Nur Atma 2: Usah bertapi-tapi lagi.Sekarang masa untuk mencari jalan yang ada untuk menjalankan tanggungjawab kita-dengan cara apa sekalipun.Jalan diredhai-Nya.
Nur Atma 3: Aku merasakan satu bebanan berat jatuh ke atasku. Aku terasa ingin demam.
Nur Atma 2: Nur Atma 3!Manusia itu pelupa. Lupakah kita pernah berjanji dahulu-menerima tanggungjawab ini. Tuhan sendiri mengatakan gunung x sanggup terima tetapi manusia yang bodoh dan pelupa inilah yang sanggup terima.
Nur Atma 1: Maka, apa lagi. Mula berusaha!

Tak faham? inilah suara-suara hati yang bermain-main dlm fikiran.sekejap kita boleh jadi atma 1,kejap 2 dan kejap 3. mungkin banyak lagi.


~sedeqah al-fatihah utk bayi tanpa nama~ semoga ibu bapanya tabah hadapi kegembiraan dan kesedihan dalam masa yang sama. semoga dapat memilih atma yang sesuai di kala begini.

Comments

Popular Posts