apa yang saya mahu?saya juga mahu menanam bunga


saya baru berborak panjang dengan kaka kesayangan saya.dia pulang bercuti.banyak cerita dan luahan perasaan. sy sebenarnya sangat cuak menetikan hari ahad ini.entah siapa yang dtg,dan macam mana sambutannya. tetapi,sy teringat pesanan rakan saya bahawa bukan result yang Allah kira tetapi usaha ke arahnya.usaha saya mengumpulkan orang dan usaha say menganjurkan perkara yang baik untuk semua. sy mahu kebaikan untuk semua org.wlpn byk lagi hati-hati yang tidak tersentuh,harapan saya bila saya buat ini,sekurang-kurangnya, ia akan menambahkan amal utk sy.sy tersilap langkah dlm promosi, dan tersilap langkah dalam menguruskan hal-hal sebegini. tetapi,insyaAllah sy dpt belajar dari kesilapan itu. sy kurang mahir menerima arahan. kadang-kadang terlalu bendul.kadang-kadang terlalu memikirkan satu belah pihak sahaja.banyak perkara yang saya ter'overlooked'. sampai satu masa,saya bertanya kepada diri saya,apa yang saya mahu?apa tujuan saya? apakah saya terperangkap dengan semangat yang tiba-tiba dan desakan utk melakukan sesuatu setelah menghadiri banyak talk ttg palsetine dan menonton banyak dokumentari yang menyayat hati?
saya sebenarnya boleh saja bersikap seperti orang lain yang tidak kisah,tidak mahu ambil tahu. tetapi, saya juga tidak senang dengan perkara itu.sy tahu sy harus melakukan sesuatu,bukan sekadar melihat dan mendengar,kemudian bercakap-cakap kosong...
bercakap-cakap kosong.mcm tin koson-diketuk,kuat bunyinya.isinya tiada. teori fizik-mmg lah mcm tu. ambil moral drpdnya,sy byk bercakap-cakap atas angin bahawa kita harus melakukan sesuatu utk plastine.kita harus berusaha memikirkan cara yang sesuai dengan prinsip dan tugas kita sekarang ini.muslim yang belajar.
sy terkenangkan usaha2 orang2 israel membantu palestinians.apalh tujuan mereka sgt melainkan mahu sesuatu yang adil utk org2 palestine.mahu rakyat palestine diberi layanan sebagai manusia.mereka tidak bermimpikan besar2 tetapi dengan mimpi yang kecil itulah,mereka sanggup dipenjara,dipukul dan dilabel. memandang kepada diri saya- baru dilabel sedikit,baru sergah sedikit-sudah putus harapan. mereka mengadakan demostrasi aman selama 8 bulan.hari-hari ada sahaja idea utk mengatakan mereka tidak puashati. hubungan orang palestine dan hubungan askar2 israel itu sudah semacam rapat-sehingga boleh panggil on the first name basis. mereka sudah kenal-mengenali antara satu sama lain.tetapi,usaha itu tidak pernah berhenti.12 tahun? itu jangkaan seorg ayah kepada anaknya.mengharapkan ketika usia anaknya 16 tahun,occupation ini akan berhenti.
dan saya? apa yang saya lakukan.sekadar mengumpulkan orang utk dtg ke talk.mengajak orang supaya celik sedikit ttg apa yang berlaku. sy sebenarnya tidak melakukan apa-apa secara langsung utk membantu mereka.YA!tiada apa...sekelumit usaha ini dengan harapan orang akan datang dan mendengar.dengan menyediakan satu cara utk menyedarkan orang terhadap apa yang berlaku sekarang,sy aharap sy juga menyumbang kpd perjuangan rakyat palestine-the struggle of palestinians.
apakah akan ada lagi salahuddin al-ayubi?
saya tidak pasti.jawapannya di hati kita...jika bukan kita siapa lagi~

Comments

Popular Posts