luangkan masa utk kasutmu

satu cerita utk dikongsi bersama...


Ini cerita antara dia dan aku.Cerita untuk mengingatkan aku yang kadang-kadang perkara yang kecil itu boleh menjadi besar.Aku dan dia berkawan baik.Baik sekadar mampu berbual seperti orang-orang lain di kedai-kedai kopi. Rakanku ini sangat sibuk orangnya.Pakaiannya agak kemas cuma kadang-kadang pelik padanannya.Namun,dia seakan tidak kisah dengan penampilannnya yang janggal di mata orang lain.Namun,dia seorang yang mudah tersenyum dan mudah berkawan. Sejak akhir-akhir ini aku lihat dia sangatlah sibuk. Ke hulur hilir dengan beg sandang yang berat seberat memikul 10kg beras.Aku melihat dia begitu sibuk sehinggakan kasutnya sudah compang-camping itu masih dipakainya lagi.Pernah sesekali dia mengadu kasutnya yang bocor basah dimasuki air.Lantas aku menyuruhnya membeli kasut baru. Dia kata 'Tiada masa.Banyak kerja'.Aku bersungguh menyuruhnya membeli kasut baru, "Make time to buy new shoes.Pity you have to dry it everyday..." Seperti biasa dia hanya senyum dan mengatakan "Baiklah. Saya cuba." Sekian harinya kasutnya masih belum bertukar. Sibuknya masih seperti dulu. Ke hulu-hilir menyandang begnya yang berat. Kini, dia tidak merungut tentang kasutnya. Sesekali dia merenung panjang melihat kasutnya yang basah kerana dimasuki air hujan. Minggu-minggu berikutnya,kasutnya semakin teruk keadaan. Kasihan aku melihatnya. Ingin saja aku menghadiahkan kasut baru buatnya,namun, bimbang pula dia tidak berkenan. Malah, saiz kasutnya juga aku tidak pasti. Dia memakai kasut bersaiz besar, kasutnya kini kasut lelaki barangkali. Keesokkannya, aku pun bernekad untuk membeli kasut baru buatnya. Namun, hasratku tidak kesampaian. Dia kemalangan ketika bergegas ke kelas. Kata rakanku yang lain, dia dilanggar ketika dia cuba menyarung kasutnya yang tercicir di tengah jalan.Aku terkedu....


moral of the story,dalam kesibukan macam mana pun,perlu luangkan masa untuk perkara2 yang penting,sekalipun kecil.contohnya seperti menelefon ibu di rumah,bertanya khabar kelurga di malaysia,hiburkan hati,bertenang dan menrik nafas ketika nafas tersekat seketika dek kesibukan yg melampau. perlu amik masa utk duduk sebentar dan berfikir.merenung kembali diri.aduh,apalah yg sy lakukan selama 7 minggu ini???

Comments

Popular Posts