meniti hari2 indah S07


masyaAllah.aku tersenyum tanpa henti di bawah bayangan ciptaan Allah yang Maha Besar.Indahnya membuatkan hati ini sgt tenang dan gembira.melihat bunga2 di tepi jalan.subhannallah.betapa cantiknya alam ciptaan Allah ini.spring07 menghiasi diari 07.mmg di saat2 ini perlbagai perkara harus difikirkan.berbelah bahagi sama ada ingin pulang ke malaysia atau tidak.dalam sibuk2 begini, aku sering tertanya-tanya,berbaloikah setiap usaha ku selama ini?benar2 ikhlaskah hatiku utk melakukan segalanya kerana Allah.sudah bersihkah hati ini utk menyampaikan ilmu pada yg lain?menyampaikan al-haq kepada teman2 dan sahabat handai yg dikasihi.tika sebelah kaki hanya mahu menyeberangi lautan,kaki di sebelah lagi enggan turut serta.penyerahan diri kepada Allah secara total masih bermain tari tali.amal ibadatku?hubunganku dengan Allah?sudah cukupkah aku menjaganya dengan baik?alangkah banyak sisa2 jahiliyyah yg masih melekat.masih banyak yg perlu dibaiki.masih byk yg dipelajari.tapi,bukan bererti sesudah menjadi baik shj aku harus berusaha mengajak yg lain utk mengenal Allah dan memahami Islam secara syumul,tapi apa shj yg kudpt,ingin ku ceritakan pada semua.supaya aku mampu memberi alasan dihadapan Allah nanti.semoga hati ini diterangi oleh nur-NYa...

Comments

Popular Posts