bertemu dan berpisah kerana Allah...



aku mengharapkan keampunan dari-Nya dan diberikan kekuatan supaya aku tidak lemah.dan aku harap aku tidak akan menangis di akhir entry ini nanti.hampir aku tidak percaya malah enggan mengaku bagaimana hubungan terbina kerana Allah itu sgt manis.aku sendiri tidak tahu apakah persamaan antara kami yang membuatkan kami saling merindui dan menyayangi antara satu sama lain.aku juga tidak terjangkau akan mengalirkan air mata tatkala mendengar kata-kata akhir seorg insan aku kenali hanya dalam setahun ini.musykil juga kenapa hati senang terusik dengan kata-katanya yg benar2 menyirami hati supaya basah.setelah dia ingin meninggalkan bumi uk ini baru aku merasai besarnya dia dalam hidupku.betapa dia mewarnai hari-hari yang aku lalui di sini.padahal beza jarak antara kami berpuluh kilometer,x sempat rasanya jika hanya mahu berjumpa semalam.tapi,itulah yg berlaku antara kami.berjumpa hanya beberapa jam dan dia terpaksa pulang menunaikan hak yang lain.betapa aku rasa pertemuan kami terlalu singkat dan tidak sempat utk berbual lama.betapa singkat sehingga aku sering menanti-nanti kehadiran setiap minggu di bumi warwick ini.sedangkan setahun yang lepas aku pening menantikan kehadirannya.apakah pula yang aku akan hadapi bila dia sudah pulang nanti.aku sedar setiap yg datang akan pergi dan setiap yg diberi akan diambil kembali.kadang2 aku terfikir mengapa di saat2 aku benar2 memerlukan dia, Allah memisahkan kami...astaghfirullah...aku yakin inilah yang terbaik buatku dan dirinya... cuma sukar bagiku utk meluahkan betapa sayangnya aku pada dia.malah dia akan kurindui pada hari2 mendatang... terima kasih tidak terhingga buat k.f yang tidak jemu memberi nasihat dan peringatan.juga syukur yg teramat buat yang Esa kerana mengurniakan seorg insan utk menemani hari-hari yang sukar dan senang di bumi asing ini.

p/s:jgn menyubur perasaan sedih [petikan dari la tahzan]

Comments

Anonymous said…
:D baru menitipkan kata2 yang sama untuk arie..

ya benar sista. Indah ukhuwah itu bila ianya lillahi ta'ala :)

Rindu kamu juga.

Popular Posts