apalah erti jauh dekat melainkan permasalahan nurani

kadang2 kita sering lupa siapa kita ini.kenapa kita dilahirkan atas dunia ni.atas alasan dan pelbagai sebab kita menjustifikasikan setiap langkah dan perbuatan kita.sehingga kadang2 bila jelas kita bersalah juga kita enggan mengaku juga.kdg2 permasalahan dan bibit2 pertengkaran yg kita timbulkan akan menyebabkan perubahan dlm diri kita dan org yg terbabit.sangkaanku dan apa yg aku telah lakukan adalah pada setiap yg berlaku kita harus ambil iktibar daripadanya.jgn sangka segalanya hanyalah sama setiap kalinya.jgn fikir apabila sesuatu peristiwa yg berlaku tiada impaknya.dan hakikatnya aku masih belajar dan terus belajar dari apa yg berlaku.jgn letakkan pergantungan pada manusia kerana mereka hanyalah manusia.pergantungan sepenuhnya pada tuhan.wlpn anda berasa itulah teman seperjuangan malahan teman rapat anda,jgn mengharapkan bantuan atau keredhaan mereka dengan apa yg telah menimpa kita.Allah itulah yg menjadi tempat kita bersandar.luahkan segalanya pada Allah.janganlah harapkan pertolongan manusia.jgn harapkan pujian dan perhargaan manusia(taken from Don't Be Sad-La Tahzan)supaya anda menjadi lebih gembira.supaya menjadi lebih tenang.sesungguhnya jika manusia berkumpul utk memudaratkan,ketahuilah mereka tidak mampu memudaratkan kamu sedikitpun dan jika manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu,maka ketahuilah mereka sedikitpun tidak dapat memanfaatkanmu.hanya Allah yg memberi manfaat dan mampu memudaratkan.ni diambil dari hadis 19(kumpulan hadis 40)
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu adabersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

itulah hadis 19 imam nawawi.sepatutnya telah aku hafal,namun atas sebab2 yg kemungkinan tidak relevan,aku gagal menghafalnya.tapi maksud hadis ni jelas.dan mungkin aku gagal ambil iktibar darinya.aku sering mengharap kepada manusia dan akhirnya gagal juga.tapi itulah sabar namanya.apalah ertinya hidup andai tidak bersabar.apalah erti jauh dan dekat melainkan permasalahan nurani.bisikan rindu dtg lagi.ini semua gara2 pakcik bus semalam yg suruh call parents or anyone to take us home from bus station.masa tu la teringat masa kat malaysia call abah utk ambil kat simpang permatang badak tu.aaaaaaaaaaaaa,rindunya utk pulang???apakah ini ertinya aku akan pulang ke malaysia???

Comments

Popular Posts