kerana kita berbeza...

assalamu'alaikum dinda ct,
kfarah mintak maaf sbb tak sempat call ct
mintak maaf juga sbb tak stay lelama hari itu
mintak maaf sbb banyak tak memnuhi hak ct, sbg adek
kfarah tak mampu nak menjwb apa yg ct telah tulis
kfarah cuma mampu menulis apa yg kfarah rasa jek:

utk ct, moga kegelapan smlm dah berakhir,
moga hari ini lebih baik dari semlm, moga hari esok lebih baik dari hari ini

semalam hari mendung.
kelmarin juga, hari mendung
di mana kebiruan langit angkasaraya?
di mana sang mentari yg menceriakan?
kenapa si awan gelap terlampau besar melindungi ?
kenapa kemurungan langit yg gelap menguasai ?
legamnya angkasa, murungnya alam buana

dinda mendagu, melihat kelam alam
betapa dukanya dirimu
di minda terpaku sejuta permasalahan dunia
di pekatkan lagi oleh kegelapan suasana
di bebankan lagi oleh keberatan kepala yg menanti diduga pemeriksa
diserabutkan oleh perasaan kerendahan hatimu
betapa pasrahnya dirimu, merasakan betapa kerdilnya diri
betapa tidak mampu-nya dirimu, menghadapi dugaan dunia
betapa sabarnya dirimu, menghadapi dugaan Allah yg satu

tapi, tetap tersemat erat di kalbumu,
sepenuh pergantungan kpd Yang Maha Esa
kehadiran Allah yg Maha Penyayang
keyakinan bahawa Dia lah Penjaga yg akan sentiasa menyelamatkan
segala simpulan masalah pasti terungkai
jawapan keluar ada, tinggal di dipinta dariNya
kerana apa yg berlaku hanyalah ujian di bumi fana
kerana di balik setiap sesuatu sentiasa ada hikmahnya
kerana apa yg telah Allah tetapkan adalah yg terbaik untukmu
agar dirimu tetap tegar
melangkah kemas muncul sebagai individu muslim berkarisma

wahai dindaku,
rahmat Allah tak putus membasahi kita
dibalik kegelapan alam,
titisan-titisan rintik hujan tidak putus memberkati
memberi sumber inspirasi kehidupan
merawati kerekahan bumi yg tandus menjadi subur

di balik kekelaman alam
sang pelangi nan ceria tetap mewarnai
memberi pengharapan baru
menanti detik2 sang mentari pula keluar menyinggahi
di setiap perkara, rahmat dan kebaikan Allah tetap ada
meskipun kelam meskipun ceria
maka teruslah bersyukur dan berlapang dada
ganjaran Allah menanti di mana2


Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin! semua urusannya mengandungi kebajikan baginya dan hal ini tidak berlaku pada seorang pun, kecuali orang mukmin. jika mendapat kegembiraan, ia bersyukur, maka ia baik baginya, dan jika ditimpa musibah, ia bersabar maka ini pun baik baginya.

alalhu'alam ct, sampai ke tak mesej yg kfarah nak bagi,
salam sayang dari kakakmu

Comments

Popular Posts