Pintu Surau vs Pintu Syurga

Nikmat yang dirasa hanya bisa dinikmati oleh orang yang merasainya sahaja. Aiskrim-mu yang lemak manis hanya bisa difahami oleh orang yang sedang menikmatinya walaupun dengan riak wajah sudah mampu membuat orang sekeliling terliur.

Begitu juga dengan kegembiraan saya pada hari semalam cuba di'convey'kan kepada teman serumah namun, jelas kesungguhan perasaan gembira itu tidaklah sama.


Apa kaitan gembira dengan pintu? atau lebih tepat lagi pintu surau?


Sebelum kita mencari perkaitan, rasanya elok kita buat checklist dulu amalan kita hari ini.

  1. Adakah malaikat Raqib begitu sibuk hari ini atau duduk relaks?Dan Atid pula bertungkus lumus mengambil kerja Raqib? Kalau beginilah keadaannya, pastinya markah puasa kita sedikit. (refer Berapa markah ujian hari ini) Manjawablah di depan Allah nanti.
  2. Malam tadi ada qiyam? ke sudah penat berterawih dan makan moreh, terbungkang hingga ke pagi?
  3. Doa...doa...doa... ada ke berdoa? Untuk mendapat malam lailatul qadr?
  4. Akhlak kita -> makin baikkah setiap saat? atau anda berubah menjadi gergasi lembah setiap kali ditimpa ujian kesabaran?
  5. Lbnl, sudahkah anda tersenyum dan bersalam dengan teman-teman anda supaya berguguran dosa kita semua?
Okay. Anda telah memuhasabah diri? Jom masuk SYURRRGAAAA!!! silap.... Jom kita masuk surau dulu.

"Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-Nya kerana selangkah kamu kepada Nya, beribu langkah Allah kepadanya.
Sepanjang anda hidup, anda pasti pernah berprasangka bukan? Saya nak buat pengakuan berani mati. Saya juga berprasangka buruk! Atas sebab saya 'hardly' nampak manusia2 di kompeni ni bersolat di surau, maka, saya membuat kesimpulan bahawasanya mereka mungkin tidak bersolat.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Tobat lagi Maha Penyayang.”

Kegembiraanku seindah bunga dilatari biru langit!
Namun, ternyata bulan Ramadhan ini membuat mereka kembali ke pintu surau. Terkesima saya sebentar melihat mereka berbondong-bondong datang ke surau. Walaupun dengan skirt pendek dan baju tidak cukup kain, namun, kehadiran mereka membuatkan hati saya berbunga-bunga. Moga perubahan berterusan hingga ke akhir hayat. Begitu jua diriku...

Comments

arissa myana said…
kakak sayang...

rasanya, ini bukan msalah cudn't get the point thru tpi mmg mcm apa yg pak cik sd.qutb cakap kan?

hanya mreka yg mrasa tahu bagaimana rasanya

even kalau cakap belit (putar) pun tahu kenapa jadi belit2 hehee sebb sgt unexplainable kcuali utk yg mrasa dn tahu [see? kan dah belit2? hehee]

mish u kak

doakan saya di sini ^^

smoga slalu dlm redha rahmat kasih sayang cinta ampunan juga perhatianNYA **,

xoxo
Adik munnaku syg...

nmpknya mcm susah nak tangkap apa yg bermain di fikiran anda.adakah kerana kita sudah lama tidak bersua ataupun sememangnya kita sudah jauh? errr....

Popular Posts