Berapa markah ujian hari ini?

Hari ini hari kedua. Anda berpuasa?



Selalunya, mak akan bertanya seusai peperiksaan dan ujian, "Ha, adik dapat berapa markah ujian hari tu?"

Dan seperti biasa, kita akan terkulat-kulat merenung mak dan lantai silih berganti seraya menjawab sambil tersenyum manja, "Biasa-biasa je mak. Boleh la cukup-cukup makan."
Sebenarnya, saya tidak berpeluang untuk menjawab sedemikian rupa kerana markah yang 'ter'dapat selalu gempaq walaupun tidak sempurna. Agak susah sikit bila mak kita jenis yang 'perfectionist'. Seingat sayalah ketika darjah satu dulu, markah bahasa Melayu saya hanya mencapai 96 markah kerana saya tersilap mengatur perkataan untuk membuat ayat.



Berdasarkan gambarajah,
Ayat saya adalah: Cikgu Ali sedang mengajar.


Jawapan Skema: Cikgu sedang mengajar Ali.




Saya memang sangat tidak berpuas hati dengan jawapan skema tersebut kerana saya yakin kedua-duanya betul. Saya pasti kalau ditanyakan kepada Pendeta Zaa'ba pun, beliau akan bersetuju dengan saya. Bukan itu isunya kerana lebih berat lagi nak berhadapan dengan mak bila markah tidak sempurna. Mak tidak akan marah, tapi raut muka kecewanya sudah cukup memedihkan jiwa kanak-kanak berusia 7 tahun ini.


Cuba fikirkan bila kita langsung kecewa dek tidak dapat melihat wajah Allah kerana dosa-dosa kita.


Disklamer: Mak saya baik orangnya cuma sedikit perfectionist. (errrr sedikit ker)



Sepanjang hari semalam selepas membaca blog-blog yang hangat di pasaran dan majalah Solusi yang satu-satunya majalah yang layak dibaca, saya terfikir satu perkara. Bicara di mana-mana pun adalah tentang puasa;



"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." [al-Baqarah, 2:183]




Saya bertanya pada diri: Berapakah markah saya untuk hari pertama puasa? [Selepas mendengar hadis ini;]

“Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya. Satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah berkata, “Kecuali puasa, Aku yang akan membalas orang yang mengerjakannya, karena dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsu dan makannya karena Aku.” (HR. Muslim)



Dan untuk ibadah puasa, tiada spesifik markah atau pahala yang Allah nyatakan untuk kita. Malah , ia bergantung sepenuhnya pada penilaian Allah terhadap amalan hambaNya. Puas saya fikirkan mengapa dan kenapa(kerana kita generasi Y -why???) Sebab spesialnya puasa ini, Allah sendiri yang akan putuskan apa yang selayaknya untuk dibalas kepada hambaNya yang berpuasa.


Kita katakan kita sudah berlapar dan dahaga keranaNya. Kita cuba buktikan kita kurang mengumpat dan berkata buruk di bulan ini. Kita tunjukkan kita berusaha mengawal nafsu sepanjang berpuasa, namun , deep inside us, banyak lagi yang kita mungkiri. Sejauh mana kita ikhlas dan ehsan terhadap ibadah puasa ini. Sedekat mana pula kita sering tersadung membuta kesalahan yang kita sedia maklumi perkara itu salah.


Di pejabat, selain membuat kerja, jiwa kita selalunya kurang tenang dek bos yang kuku besi(opsss...) atau dengan perkataan lain, kurang berperikemanusiaan. Ya,memang sukar menghadapi orang yang sukar, tetapi apa yang kita lakukan untuk dapat markah terbaik untuk puasa kita -> senang sahaja ... BER-S-A-B-A-R.... yup, bersabar dan terus bersabar. Berapa banyak markah kita hilang bila kita bisa melayan amarah dan mencaci perli? Malah, berapa sangat markah yang kita cuba dapatkan bila masa perkara2 sunat memang sangat susah kita nak buat?



Belum cukup di pejabat, kita tambah di jalan raya -> kes-kes yang tidak perlu saya ceritakan panjang lebar kerana manusia bisa jadi Incredible Hulk bila di jalanan. Saya akui semua orang pastinya;

1. ingin pulang awal



2. ingin membeli juadah berbuka



3. ingin berbuka dengan keluarga



4. ingin memasak untuk anak dan isteri



5. ingin berkejar ke masjid untuk saff pertama(errr ye ker)



Namun, tiada alasan yang selayaknya untuk anda menjadi orang-orang Biru-Hijau yang COLD dan selamba sahaja memintas barisan dan mencilok sesuka hati. Tiada alasan untuk anda membuat orang lain marah dengan anda dan akhirnya berkata, "Orang lain buat, aku pun buat sama." Hanya kerana orang yang pertama menunjukkan jalan ke neraka, oppsss, jalan yang salah.



Sekarang kita beralih scene ke komuter, lrt dan monorel. Paling menarik pastinya KOMUTER. Sebelum Ramadhan lagi, pelbagai cerita ngeri yang berlaku di hadapan anda dan anda berkira-kira, bulan Ramadhan ini(di mana syaitonirojim dirantai), para penumpang (penumpang je pon, komuter tu bukan hak mutlak anda) akan lebih bersopan santun dan memuliakan tetamu, orang tua dan kanak-kanak, namun, realitinya, manusia berubah menjadi lebih ganas. Saya tahu anda


1. punya teman yang sudah menunggu di Midvel untuk berbuka bersama



2. rakan-rakan yang sudah menge'cop' tempat untuk anda di ruang makan KL Sentral



3. belum membeli juadah berbuka di bawah jambatan Pantai Dalam yang cepat sangat habisnya



4. belum solat Asar?(err ada jugak buat perangai camni?)



Hakikatnya, anda haruslah bijak menyusun waktu dan mengikut pesanan saya iaitu mengelakkan Kl Sentral sedapat mungkin. Jadilah manusia yang bersopan santun di mana sahaja anda berada.



Malam ini, sebelum anda melelapkan mata, tanyalah diri sendiri, berapakah markah anda untuk hari ini? Cukupkah untuk me'top-up' dosa-dosa kita yang lebih 11 bulan kita buat dulu atau anda mahu berputih mata?

Comments

Popular Posts