Jiran No.3

Selama ini kami hanya menjenguk-jenguk, mengintai-intai siapakah gerangan yang berjiran dengan kami selama ini.Dari hari ke hari kami sekeluarga menyimpan hasrat untuk bertegur sapa dengan jiran sebelah yang hanya beberapa buah rumah sahaja. Specialnya rumah kami ini terletak benar-benar eksklusif berdekatan dengan taman, bukit, taman rekreasi dan Mydin. Hohoho.... memang strategik!

Cuma di saat perpindahan kami, tiada jiran-jiran yang keluar membantu(mungkin saya masih terkenang zaman muda-muda dahulu berpindah dari Pinggir Pelangi ke kuarters di Muadzam Shah dahulu).Owh, Muadzam sememangnya tenang dan aman.Kami berpindah kerana 'guard house' sudah tidak tahan lagi dengan kami atau lebih tepatnya kami yang tidak tahan sebenarnya. Para guard juga terintai-intai ke manakah wanita berkerjaya yang punya terlalu banyak kereta dan 'busy' setiap hujung minggu ini pergi. Rupa-rupanya berpindah hanya beberapa meter dari mereka...

Ok.Sehinggalah hari pertama puasa, misi kami untuk tawasul ijtimaie berjaya dengan penuh bergaya. Owh,semestinya rumah no.3 menjadi pilihan untuk dikunjungi dan agak malang bagi kami kerana anak terunanya yang keluar. Ketiga-tiga anak dara ini tidak tahu bagaimana mahu berinteraksi. Nasib baik adik yang keluar itu yang berumur belasan tahun (agak kami lah).Maka, kami pun sibuk-sibuk bertanya ibunya yang rupa-rupanya sedang sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. (logik sangatlah kan kalau ada anak dan suami utk memasak di dapur..)

Beberapa hari seterusnya diteruskan di rumah jiran-jiran yang lain. Sambutan hangat daripada jiran-jiran menyebabkan kami bertekad untuk meneruskan sesi hulur-menghulur di musim raya pula. Apakan tidak, jiran sebelah yang berkereta Mercedes itu sudah pun membalas dengan buah-buahan tempatan yang sangat lazat. Pulasan yang merah dan sebesar penumbuk itu memang terbhaaaekkkkk!!!


Buah-buahan itu sesegar ini!

Yang paling best adalah, setibanya kami pulang dari terawih, seguni (ke sebungkus) buah-buahan lagi muncul di depan rumah di atas kereta. Bagaikan rejeki turun dari langit! Memang menariklah siap dengan durian lagi - dengan sekeping nota :

"......................................... Jiran No.3"

Isi nota itu mahu di scan dan diabadikan di sini,tetapi niat tidak kesampaian kerana nota tersebut hilang ditelan gerombolan pembersih tanpa belas kasihan.

Maka, di sini, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kerana mendebungakan( macam salah je perkataan ni), membunga-bungakan hati kami tatkala pulang dari terawih. Meskipun jenuh jugak nak menghabiskan raja buah-buahan yang 'hot' itu di bulan Ramadhan ini, perasaan yang 'best' menerima huluran ikhlas itu akan diingati sampai bila-bila.

Sepotong hadis dari koleksi Imam Nawawi;
Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) observed: He who believes in Allah and the Last Day should either utter good words or better keep silent; and he who believes in Allah and the Last Day should treat his neighbor with kindness; and he who believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest.

Notakaki: Saya sangat terharu sebab kat KL dimana individualisme sangat diagungkan, maka, bukan mudah hendak mewujudkan kejiranan yang mesra sebegini.

Comments

gorengpisang said…
Bestnya..insyaAllah, kami di rumaisa'/fateh nak amik inspirasi dari antunna juga!
boleh2..jadi ke pindah? moga diberkati dengan fateh yg baru!!!!

Popular Posts